Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
3) LADANG HUTAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 49: ÒPada pendapat Audit, pengurusan hutan secara konsesi kepada PKPS tidak memuaskan kerana memberi kesan kepada kepupusan habitat flora dan fauna bagi kawasan yang terlibat dengan program ladang hutanÓ. Dalam muka surat 48, semakan Audit mendapati seluas 11,381.06 hektar kawasan HSK di Zon Hulu Selangor iaitu HSK Bukit Tarek dan HSK Rantau Panjang telah diberi secara konsesi selama 60 tahun kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 22 Februari 2001. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 61-62, Para 3.5.1.2 (a). Apakah butiran-butiran utama dalam perjanjian konsesi selama 60 tahun antara Jabatan dengan PKPS?
Tahun 2001 melibatkan pemajakan kawasan HSK seluas 10,000 hektar (5,000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dan 5,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Tarek) untuk tempoh selama 60 tahun bagi tujuan untuk PKPS menghutan semula (reforestation) kawasan ladang hutan ini mengikut pelan rancangan penghutanan semula Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)setelah kayu balak yang ada diusahasilkan/keluaran oleh PKPS secara konsesi. PKPS juga dibenarkan untuk mengadakan Perjanjian secara sub-lease, joint venture, melantik kontraktor atau subkontraktor bagi melaksanakan konsesi pembalakan dan program penghutanan semula. Seluas 1,000 hektar daripada kawasan ini diperuntukkan untuk Kerajaan Negeri bagi pembangunan ladang buah-buahan.
-
Apakah sistem dan program pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan PKPS mematuhi piawai dalam pengurusan ladang hutan?
Sistem dan program pemantauan yang dilaksanakan oleh JPNS hanya terhad kepada proses-proses yang melibatkan pengeluaran kayu balak (pembalakan) dalam konsesi PKPS sahaja. Projek-projek ”penghutanan semula” yang dilaksanakan oleh PKPS tidak pernah dimaklumkan secara dokumentasi kepada JPNS.
-
Apakah status perjanjian konsesi 60 tahun ini dan adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menyemaknya semula?
Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan pada 2 Jun, 2010 melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk membatalkan perjanjian dengan PKPS dan menarik balik keseluruhan kawasan perjanjian ini serta menyerahkan semula kepada JPNS untuk pemulihan hutan.