Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
1) KELULUSAN TANAH KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kakitangan kerajaan atau Pejabat Daerah & Tanah ditawarkan tanah setelah berkhidmat dalam tempoh tertentu?
Tiada peruntukan sebagai peraturan menawarkan tanah kepada kakitangan Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah & Tanah setelah berkhidmat untuk tempoh tertentu. Walau bagaimanapun sebagai Rakyat Malaysia, mereka boleh memohon dan memiliki tanah tertakluk Seksyen 43 kepada Kanun Tanah Negara.
-
Nyatakan tawaran-tawaran yang dibuat oleh GLC berkaitan hartanah kepada manamana kakitangan awam/ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Apakah kadar yang dikenakan?
Rekod tawaran berkaitan hartanah kepada Kakitangan Awam / Ahli Majlis Mesyuarat Negeri tidak terdapat dalam simpanan Pejabat Setiausaha Kerajaan. Walau bagaimanapun setiap penjawat Awam / Ahli Majlis Kerajaan Negeri boleh memohon dan memiliki hartanah yang diiklankan oleh GLC. Tawaran adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh GLC dan Penjawat Awam yang ditawarkan akan mengisytiharkannya kepada Ketua Jabatan selaras dengan keperluan semua Penjawat Awam perlu mengisytiharkan harta berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bi.3/2002. Ini bukan anugerah daripada GLC kerana kadar yang dibayar sama seperti kadar yang dibayar oleh orang lain (pembeli).