Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

114) LESEN TOL DI DUN MERU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan lesen TOL yang telah diberikan kepada individu di DUN Meru bersama kedudukan tanah tersebut.?

    Bilangan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah 45. Kedudukan tanah adalah
    di Batu 7, Meru.

  2. Berapakah bilangan penerima lesen TOL di Meru yang telah menyewakan semula tanah tersebut kepada pihak lain ?

    Tiada maklumat.

  3. apakah tindakan yang telah diambil oleh Pejabat Tanah Daerah Klang terhadap mereka ini?

    Sekiranya Pentadbir Tanah Klang dimaklumkan dan mendapati Lesen Pendudukan
    Sementara (LPS) telah disewakan kepada orang lain, terdapat pelanggaran syarat
    ke atas LPS dan Pentadbir Tanah boleh membatalkan Lesen Pendudukan
    Sementara tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.