Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

106) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010?

    Jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan daripada tahun 2007-2010 di
    Daerah Sepang adalah seperti berikut:-
    Bil Tahun Permohonan Diterima Diputihkan Belum
    Diputihkan
    1 2007 64 39 25
    2 2008 0 0 0
    3 2009 37 – –
    4 2010 – – –

  2. Apakah polisi kerajaan sekiranya sesuatu kilang haram hendak diputihkan?

    Polisi Kerajaan untuk pemutihan kilang haram adalah seperti berikut:-
    i) Permohonan tukar syarat mengikut zoning yang ditetapkan Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) . Permohonan di bawa masuk ke One Stop Centre (OSC)
    untuk mendapatkan maklum balas jabatan-jabatan teknikal.
    ii) Mengeluarkan Permit Sementara sebagai usaha untuk meminta tuan tanah
    membuat permohonan tukar syarat.

  3. Adakah kerajaan menetapkan tempoh masa untuk kempen pemutihan kilang haram serta apakah langkah-langkah kerajaan negeri bagi memantau aktiviti pembinaan kilang haram?

    Kerajaan telah menetapkan tarikh akhir berkaitan ialah:-
    Tarikh akhir bagi PTD : 30 Jun 2010
    Walaubagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Tetap berkenaan telah
    mencadangkan tempoh ini dilanjutkan.
    i) Langkah-langkah lain :-
    tindakan penguatkuasaan di bawah kategori pelanggaran syarat penggunaan
    tanah dikuatkuasakan. Dicadangkan agar ulasan teknikal PTD diambil kira
    sebelum Lesen Perniagaan dikeluarkan oleh PBT kepada pemilik kilang yang
    memohon Lesen Perniagaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.