Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

103) BADAN PENGURUS DI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 700, PANDAN PERDANA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Walaupun terdapat satu arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor supaya tamatkan badan pengurusan LT Sdn Bhd sebagai pengurus pangsapuri tersebut tetapi sudah satu tahun lebih, tidak ada tindakan. Sila nyatakan sebabsebab.

    Perbadanan Pengurusan (MC) Pangsapuri Kos Rendah 700 telah ditubuhkan melalui
    mesyuarat agung tahunan pertama pada 20 Mac 2010 selaras Seksyen 41 Akta
    Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]. Pihak perbadanan pengurusan melalui anggota
    majlis yang dilantik semasa mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan
    pengurusan tersebut akan mengambilalih sepenuhnya pengurusan dan
    penyenggaraan bangunan daripada LT Sdn Bhd (ejen pengurusan yang dilantik
    pemaju) mulai Julai 2010.
    Apabila perbadanan pengurusan ditubuhkan LT Sdn Bhd dengan sendirinya terhenti
    beroperasi menjadi ejen pengurusan. Namun demikian, LT Sdn Bhd masih
    membantu perbadanan pengurusan mengurus dan menyenggara Pangsapuri Kos
    Rendah 700 sehingga ianya diambil alih sepenuhnya oleh anggota majlis
    perbadanan pengurusan.

  2. Adakah kerajaan berhak untuk tukar badan pengurusan yang tidak berkesan. Sila nyatakan cara-cara.

    Kerajaan Negeri melalui Pesuruhjaya Bangunan boleh menukar perbadanan
    pengurusan yang tidak berfungsi dengan sewajarnya. Ini adalah selaras peruntukan
    Seksyen 50(1) Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Pesuruhjaya boleh atas aduan
    oleh pemilik atau mana-mana orang atau badan lain yang mempunyai kepentingan
    berdaftar mengenai sesuatu petak bahawa perbadanan pengurusannya telah tidak
    berfungsi dengan memuaskan, jika berpuas hati kepentingan pemilik petak dalam
    bangunan atau tanah yang dipecah bahagi itu memerlukannya, melantik ejen
    pengurusan untuk menjalankan kuasa dan menunaikan tugas dan fungsi
    perbadanan pengurusan itu

Lampiran

Tiada Lampiran.