Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

100) MASALAH PREMIUM TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan bagaimanakah perkembangan terkini rayuan para penduduk kampung Penerangan Sekinchan terhadap pengurangan premium tanah mereka ?

    Permohonan rayuan pengurangan para penduduk telah dipanjangkan ke PTG
    Selangor pada 15 April 2010. Dikemukakan oleh PTG Selangor ke MMKN pada 7
    Julai 2010.

  2. Sila nyatakan apakah pihak Kerajaan bersetuju memberi keistimewaan dan juga kelonggaran kepada penduduk Kampung yang majoriti miskin dan daif seperti di Bagan Terap dan juga Kampung Penerangan Sekinchan ?

    Penerangan bayaran Premium adalah berdasarkan Pekeliling Bil.7/2010 dan Bil.
    2/2008.

  3. Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan wujudnya perbezaan kiraan bayaran premium di kawasan yang berlainan ?

    Formula pengiraan Premium berdasarkan Kaedah Tanah Selangor. Perkara yang
    mewujudkan perbezaan berkenaan ialah nilaian pasaran lokasi tanah berdasarkan
    ulasan dan penilaian daripada Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta.

Lampiran

Tiada Lampiran.