Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
96) PERTANIAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan yang dikenal pasti dan dizonkan sebagai zon perusahaan pertanian mengikut pecahan daerah.
Berikut adalah pecahan zoning mengikut daerah yang menjadi asas kepada
perancangan pembangunan pertanian negeri Selangor.
Bil Daerah Zon Pertanian
1 Sabak Bernam Padi, Kelapa, Tanaman Ladang
2 Kuala Selangor Padi, Kelapa, Tanaman Ladang
3 Sepang Sayuran dan tanaman Umbisi
4 Kelang Buah-buahan, Tanaman Ladang
5 Kuala Langat Buah-buahan, Tanaman Umbisi, sayuran
6 Hulu Langat Buah-buahan
7 Hulu Selangor Sayuran, Buah-buahan
8 Gombak/Petaling Bunga-bungaan, cendawan -
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memodenkan dan memperdayakan golongan petani di Selangor sebagai langkah bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian?
Perancangan kerajaan negeri Selangor dalam memodenkan dan membangunkan
industri pertanian Selangor adalah seperti berikut:
i) Membangunkan satu industri pertanian yang moden dan menggunakan
teknologi tinggi seperti penggunaan benih tanaman hybrid, mekanisasi lading,
teknoloji pembajaan dan pengairan seperti penanaman teknik fertigasi.
ii) Meningkatkan penglibatan pihak swasta dalam industi pertanian kerana
pihak swasta mempunyai sumber kewangan dan teknoloji yang baik .
iii) Memodenkan pengurusan sektor pertanian tradisional kepada dengan cara
pengurusan berpusat yang lebih cekap.
iv) Menyediakan kemudahan bagi pembangunan aktiviti hiliran bagi produk
pertanian yang berupaya meningkatkan pendapatan petani.
v) Mewujudkan rantaian pasaran yang baik bagi antara pengeluar dengan
pengguna.
vi) Menyediakan kempen dan galakan dalam menggunakan bahan keluaran
tempatan berasaskan bahan pertanian tempatan -
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam industri pertanian?
Dalam usaha membangunkan industri pertanian di negeri Selangor dan menarik
minat belia untuk menceburi bidang pertanian maka pihak kerajaan negeri telah
mengambil tindakan dan langkah-langkah yang sepatutnya seperti berikut:
i) Peluang latihan dan sumber di mana belia-belia boleh mendapatkan ilmu
pengetahuan yang sesuai sebelum menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Latihan yang disediakan adalah seperti kursus-kursus asas di pusat latihan
pertanian di bawah seliaan Jabatan Pertanian di Tg Karang dan Kalumpang,
Kursus dan latihan tidak formal seperti juga disediakan pegawai
pengembangan Jabatan Pertanian dan kursus peringkat lebih tinggi lagi
seperti sijil pertanian di Institut Pertanian.
ii) Menyediakan khidmat bantuan nasihat teknikal melalui Jabatan Pertanian
dan Agensi Pertanian yang lain.
iii) Program-program untuk menggalakkan belia menceburi bidang pertanian
seperti Skim Usahawan Belia Tani dalam usaha pertanian di Agrotek dan
program inkubator usahawan untuk bidang industri asas tani di Pusat
Bimbingan Usahawan Serdang.
iv) Kerajaan negeri juga sentiasa mengadakan kempen galakan menarik belia
menceburi bidang pertanian .