Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
88) PEMASANGAN CCTV DI KAWASAN PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan pemasangan CCTV di kawasan PBT ?
Untuk makluman pemasangan CCTV di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah
melantik perunding iaitu GTC Global Sdn. Bhd bagi penyediaan CCTV di kawasan PBT.
Sebanyak 414 buah CCTV akan dipasang di 11 PBT kecuali di MPAJ memandangkan
pihak MPAJ telah mempunyai sistem CCTV sedia ada. Buat masa ini proses
perundingan bagi memperhalusi terma dan syarat kontrak sedang dilaksanakan demi
memastikan kepentingan Kerajaan Negeri dan juga masyarakat awam adalah
terpelihara. Pihak syarikat perlu memenuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan dan
menunjukkan prestasi yang optimum sepanjang tempoh projek. -
Berapa jumlah kewangan telah diluluskan untuk tujuan ini ?
Sebanyak RM 5.86 juta setahun telah diperuntukkan dan diluluskan oleh Kerajaan
Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk sewaan secara kontrak selama
20 tahun kepada pihak perunding bagi pemasangan CCTV di PBT Selangor.