Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

80) RUMAH SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI KEPADA RAKYAT MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak Kerajaan Pakatan memerintah Negeri Selangor berapakah jumlah rumah didirikan bagi golongan miskin?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan bina baru rumah Kerajaan Prihatin
    sebanyak 327 buah sejak tahun 2008 sehingga Jun 2010 dengan kos pembinaan
    sebanyak RM7,147,222.

  2. Berapakah pula jumlah rumah-rumah yang dibaikpulih?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan baik pulih sebanyak 351 buah rumah di
    seluruh Negeri Selangor sejak tahun 2008 sehingga Jun 2010 dengan kos baik pulih
    sebanyak Rm2,816,230.

  3. Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang mendapat rumah atau rumah dibaikpulih?

    Syarat-syarat yang melayakkan seseorang mendapat rumah atau rumah dibaik pulih
    untuk Program Kerajaan Prihatin ialah :
    i. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah Rm419.00 sebulan;
    ii. Umur pemohon adalah di antara 50 tahun hingga 65 tahun sahaja kecuali
    Orang Kurang Upaya (OKU);
    iii. Keadaan rumah yang daif dan tidak sesuai untuk diduduki. Kerosakan asas
    akan dipertimbangkan untuk baik pulih;
    iv. Tanggungan yang tinggal bersama tidak mempunyai pendapatan;
    v. Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru.
    Setiap permohonan akan disiasat oleh pihak UPEN bersama wakil daripada Pejabat
    Daerah dan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah
    Bantuan Kerajaan Prihatin.

Lampiran

Tiada Lampiran.