Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

79) BENCANA ALAM DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada bulan April yang lalu seramai 600 keluarga di Kampung Melayu Subang , Kota Damansara telah ditimpa banjir dan juga beberapa kawasan lain juga telah mengalami banjir. Kejadian ini berlaku setiap tahun di kawasan-kawasan yang sama. Apakah tindakan pencegahan proaktif yang diambil untuk memastikan banjir tidak berlaku lagi di Kampung Melayu Subang dan kawasan kritikal yang lain ?

    Banjir di Kampung Melayu Subang berpunca daripada limpahan Sg. Damansara.
    Pihak JPS bertanggungjawab memantau penyelenggaraan sungai tersebut. Pihak
    MBSA berperanan menyelenggara longkang. Antara tindakan pencegahan proaktif
    yang dilakukan ialah memeriksa semua longkang / ‘culvert’ lebih awal dan dibaik
    pulih jika bermasalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.