Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
64) KELAS TUISYEN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kelas tuisyen bagi beberapa mata pelajaran SPM telah ditawarkan kepada pelajarpelajar miskin di bawah peruntukan negeri Selangor. Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti tuisyen sedemikian seluruh negeri Selangor?
Jumlah pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat di seluruh Negeri Selangor
sehingga 4 Julai 2010 adalah seramai 4,408 orang -
Sejauh manakah prestasi graf pencapaian mereka?
Prestasi pencapaian pelajar Tuisyen Rakyat adalah merujuk kepada keputusan
percubaan SPM dan keputusan sebenar SPM. Pada tahun 2009, iaitu tahun pertama
Program Tuisyen Rakyat diadakan, pentadbiran ini berusaha untuk mengumpul
keputusan para pelajar bagi membuat analisa prestasi pelajar, namun hasilnya amat
mengecewakan kerana hanya 219 orang pelajar sahaja yang memberi respons dengan
baik.
Keputusan sepenuhnya harus diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri kerana tidak
semua pelajar ingin memberikan keputusan peperiksaan mereka dan tidak semua boleh
dihubungi.
Setakat ini hanya dapat mengumpul 219 keputusan peperiksaan SPM 2009. Pihak
Jawatankuasa Tetap Pendidikan akan menilai semula pelaksanaan Program Tuisyen
Rakyat bagi penambahbaikan di masa akan datang.Berikut adalah analisa keputusan SPM 2009 pelajar-pelajar PTRS:
SUBJEK SKOR BILANGAN PERATUS (%)
BM
(219 pelajar)
A 101 46.119
B 60 27.397
C 34 15.525
D 15 6.849
E 6 2.739
G 3 1.370
BI
(219 pelajar)
A 16 7.306
B 45 20.548
C 59 26.941
D 58 26.484
E 33 15.068
G 8 3.653
MATEMATIK
(219 pelajar)
A 65 29.680
B 37 16.895
C 43 19.635
D 34 15.525
E 28 12.785
G 12 5.479
SEJARAH
(210 pelajar)
A 30 14.286
B 45 21.429
C 61 29.048
D 35 16.667
E 19 9.048
G 20 9.524 -
Adakah kelas-kelas tuisyen sedemikian diteruskan?
Ya. Berdasarkan sambutan baik rakyat terhadap program ini, dan juga pencapaian
pelajar-pelajar, pihak jawatankuasa akan meneruskan Program Tuisyen Rakyat
Selangor (PTRS) ini ke tahun-tahun seterusnya bagi memenuhi keperluan rakyat
berpendapatan rendah serta mencapai visi Selangor Negeri berkebajikan.