Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
61) MASALAH PADI ANGIN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara spesifik apakah sebenarnya masalah padi angin ?
Padi angin ialah sejenis padi yang tumbuh bersama dengan tanam an padi di mana
sifatnya berbeza iaitu mempunyai daya saing pertumbuhan yang tinggi dan
menghasilkan buah padi yang lebih awal matang dan bersifat mudah relai dan gugur
dahulu sehingga tidak dapat dituai ketika penuaian dijalankan. Biji padi yang relai awal
akan tertanam di tanah dan secara evolusi menambahkan bilangan benih dalam tanah
(seed bank) dari musim ke semusim dalam keadaan dorman. Apabila musim
penanaman bermula benih padi angin ini akan tumbuh bersama dengan benih padi yang
ditanam secara tabur terus. Dari hasil kajian mendapati apabila populasi padi angin
yang tinggi ianya akan memberi persaingan kepada tanaman padi seperti rumpai dalam
mendapatkan makanan, air dan ruang sehingga menjejaskan hasil padi sebagai contoh
serangan padi angin 35% (populasi) menyebabkan kehilangan sebanyak 50-60%
(MARDI). Dari hasil kerja tinjauan dan pengawasan perosak tanaman padi oleh Jabatan
Pertanian Negeri Selangor di kawasan PBLS, terdapat lot kawasan yang telah pun
mencapai serangan tinggi «gfrtngff» lebih 30%. Terdapat berbagai jenis dan ciri-ciri padi
angin wujud yang tumbuh di satu-satu kawasan dan padi angin jenis tinggi lebih jelas
mendominasikan serangan. Serangan padi angin yang tinggi juga boleh mendatangkan
kesan negatif lain seperti tanaman mudah rebah dan kejadian serangan perosak (sifat
tidak rintang dan menjadi perumah). -
Sila nyatakan kenapa sejak kebelakangan ini masalah padi angin semakin berleluasa dan serius ?
Tahap serang padi angin meningkat disebabkan oleh beberapa faktur, antaranya:
1. Pencemaran benih melalui pergerakan jentera pertanian terutama jentuai.
Pergerakan dari lain kawasan atau dari lot sawah yang tercemar. Keadaan ini di luar
kawalan pe sawah untuk menyekat sumber benih padi angin mansuh mencemari
seluruh sawah petani. Penambahan pencemaran berlaku dari musim ke semusim
2. Amalan menanam padi secara tabur terus agak sukar untuk menangani masalah
padi angin. Pada peringkat awalan pertumbuhan sifat pokok padi sebenar dengan
padi angin sukar untuk dibezakan dan kerja membuang/menakai padi angin sukar
dijalankan. Kegagalan mengawal padi angin secara manual menyebabkan sumber
benih (seed bank padi angin) terus meningkat.
3. Kerja-kerja penyediaan tanah kurang sempurna dilaksanakan seperti tanah tidak
rata semasa mula penapakan benih di mana terdapat kawasan yang tidak diliputi air
dan ini member ruang benih padi angin mula tumbuh dan bersaing. -
Sila nyatakan apakah kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan dan membendung masalah tersebut ?
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mengatasi serangan padi angin. Antaranya;
1. Menanam secara mengubah (Mencedung atau Transplant)
Anak benih diubah ( umur lebih 11 hari) dengan jentera menanam. Kaedah mengasil
tanaman seragam di mana kerja seperti merampai, menakai dapat dilaksanakan
lebih sempurna. Pokok tumbuh sekata dan padi angin kurang memberi saingan
sepanjang tempoh penanaman.
2. Tanam serak dalam air.
Benih padi dirawat dan akan tumbuh dalam keadaan sawah dibanjiri air dari mula
benih ditabur. Hanya benih padi dirawat yang tumbuh alam keadaan anerobik
(tenggelam) dan benih rumpai termasuk padi angin tidak akan tumbuh atau kurang.
3. Penyediaan tanah
Berpandukan manual penanaman padi, semasa tempuh penyediaan tanah perlul4ah
dijalankan amalan yang boleh mengurangkan seed bank benih dan potensi untuk
benih rumpai dan padi angin untuk tumbuh, antaranya kerja membakar jerami sebaik
sahaja selesai menuai dan menggunakan racun rumpai untuk membunuh anak padi
batat di antara bajak pertama dan kedua. Kerataan tanah yang baik diperlukan untuk
pertumbuhan benih padi yang baik.
4. Kerja membuang padi angin
Kerja menuai perlulah dijalankan berperingkat sepanjang tempuh penanaman.