Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
57) WABAK H1N1 DAN DENGGI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini wabak demam denggi dan H1N1 di Negeri Selangor ?
Sehingga 26/6/2010, sejumlah 10,318 kes demam denggi telah di laporkan di negeri
Selangor. Situasi denggi perlu diawas dengan rapi kerana kejadian masih tinggi di
daerah-daerah seperti Hulu Langat, Petaling dan Gombak.
Bermula dari 10 Mei 2009 sehingga 26 Jun 2010 sebanyak 3,436 kes H1N1 di kesan di
Selangor dan telah di sahkan melalui ujian makmal (RT-PCR) yang dijalankan di
hospital-hospital (kerajaan dan swasta) serta klinik kesihatan. Majoriti dari kes iaitu 76%
telah dimasukkan ke wad isolasi H1N1, manakala 20% dirawat sebagai pesakit luar.
Sebanyak 4% dari pesakit telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Pada tahun lepas sebanyak 136 kluster H1N1/IlI telah dilaporkan manakala untuk tahun
ini sehingga 26 Jun 2010 sebanyak 83 kluster H1N1/ILI telah dilaporkan menjadikan
jumlah kluster sebanyak 220 sepanjang Pandemik H1N1. Sejak pandemic H1N1
bermula sehingga 26 Jun 2010 bilangan kematian yang disebabkan secara langsung
oleh Virus H1N1 di Selangor ini adalah 18 orang.
Langkah kawalan serta merta bagi H1N1 adalah:
i. Meningkatkan kesedaran masyarakat umum tentang gelombang ke-2 H1N1
ii. Meningkatkan kesedaran umum mengenai langkah kawalan seperti:
Social distancing
Etika batuk yang baik
Kebersihan tangan
Mendapatkan rawatan awal
iii. Memastikan kemudahan mencuci tangan / hand sanitizer di sediakan di semua
tempat-tempat umum, di sekolah dan sebagainya.Untuk langkah pencegahan Wabak Demam Denggi, aktiviti yang dijalankan adalah
seperti berikut :
i. Aktiviti pendidikan kesihatan masyarakat berterusan untuk mengawal pembiakan
nyamuk Aedes contohnya dengan mesej ‘Aktiviti pembersihan kawasan rumah &
sekeliling/ tempat kerja daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurangnya 10
minit setiap minggu’
ii. Penganjuran aktiviti gotong royong untuk kawasan-kawasan mengalami wabak denggi
atau mempunyai pembiakan nyamuk tinggi dengan Persatuan Penduduk bersama Wakil
Masyarakat.
iii. Penubuhan persatuan penduduk seperti COMBI (‘Communication for Behavioral
Impact’) untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembersihan berterusan untuk
mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman mereka.
iv. Penguatkuasaan undang-undang melalui pengeluaran kompaun dan penutupan (‘stop
work order’) kepada premis-premis/ tempat kerja yang dikesan ada pembiakan nyamuk
Aedes.
v. Memastikan sistem pungutan sampah teratur untuk menghindar pembiakan nyamuk
Aedes di kawasan luar rumah.
vi. Menggiatkan penglibatan pertubuhan NGO dan syarikat swasta dalam pelbagai aktivitiaktiviti pencegahan denggi. -
Apakah langkah pencegahan Kerajaan Selangor dalam menangani kedua-dua wabak ini ?