Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

45) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO EXCO KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa gaji asas dan elaun atas nama jawatan yang disandang?

    Bilangan Ex-Officio yang dilantik adalah 3 orang iaitu Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan
    Negeri Selangor, Y.B. Datin Paduka Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan
    Y.B. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Gaji elaun Y.B. Datin Paduka
    Penasihat Undang-undang dibayar oleh kerajaan persekutuan manakala dua Ex-Officio
    yang lain dibayar oleh Pejabat masing-masing. Pejabat Dewan Negeri hanya
    membayar elaun tertentu kepada Y.B. Penasihat Undang-undang seperti di lampiran ‘E’.

  2. Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan yang disandang?

    Pejabat Dewan Negeri Selangor hanya membayar tuntutan utiliti kepada Y.B. Datin
    Paduka Penasihat Undang-undang, manakala bagi Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan
    Negeri Selangor dan Y.B. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri tuntutan tersebut dibayar
    oleh jabatan masing-masing. Tiada bayaran utiliti yang dibuat kepada Y.B. Datin
    Paduka Penasihat Undang-undang pada tahun 2009 yang lalu.

  3. Berapakah elaun dan tuntutan daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?

    Peringkat KDEB
    Ahli Lembaga Pengarah KDEB yang dianggotai oleh Ex-Officio Kerajaan Negeri adalah
    :-
    – Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
    – Pegawai Kewangan Negeri Selangor

    Jumlah elaun kedua-dua Ex-Officio pada tahun 2009 sebagai ahli Lembaga Pengarah
    KDEB adalah :-
    EX-OFFICIO Yuran Pengarah
    (Tahunan)
    Elaun
    Mesyuarat
    “Leave Passage”
    (Tahunan)
    Setiausaha Kerajaan
    Negeri Selangor
    RM70,000 RM6,000 RM70,000
    Pegawai Kewangan
    Negeri Selangor
    RM70,000 RM9,000 RM70,000
    Peringkat Central Spectrum (M) Sdn. Bhd (CSSB)
    Ahli Lembaga Pengarah CSSB yang dianggotai oleh Ex-Officio Kerajaan Negeri
    Selangor adalah :-
    – Pegawai Kewangan Negeri Selangor
    Jumlah elaun Ex-Officio pada tahun 2009 sebagai ahli Lembaga Pengarah CSSB
    adalah :
    EX-OFFICIO Yuran Pengarah
    (Tahunan0
    Elaun Mesyuarat ‘Leave Passage”
    (Tahunan)
    Pegawai Kewangan
    Negeri Selangor
    RM25,000 RM1,500 RM30,000
    ELAUN DAN TUNTUAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PNSB BAGI TAHUN 2009
    ELAUN
    NAMA ELAUN
    YB Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman
    TAHUNAN MESYUARAT
    JUMLAH 40,000.00 2,000.00
    TUNTUTAN
    Tiada sebarang tuntutan perubatan dan tuntutan faedah percutian yang dibuat bagi
    tahun 2009
    Lampiran ‘E’
    GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO KERAJAAN NEGERI TAHUN 2009
    Bi
    l
    Nama Elaun
    Rasmi
    MMKN
    (Elaun
    Mesyuarat
    Elaun
    Khas /
    Ikhtisas
    Elaun
    Kakitangan (Isi
    Rumah)
    Bil
    Telefon
    Bimbit
    Jumlah
    Elaun
    Jumlah Sebulan
    (Elaun x Bil
    Kakitangan)
    Jumlah Setahun
    (Elaun x 12 bulan)
    Jumlah
    Besar
    1. Y.B. Datin Paduka
    Zauyah Be Bt T.Loth
    Khan
    1,500.00 2,500.00 500.00 1,000.00 5,500.0
    0
    5,500.00×1=5,500.00 5,500.00×12=66,00
    0.00
    66,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.