Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

27) SUKAN UNTUK KANAK-KANAK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai program sukan untuk para belia dan remaja. Bagaimana pula dengan sukan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun ?

    Program Pembangunan Sukan di bawah umur 12 tahun adalah di bawah kendalian
    Jabatan Pelajaran iaitu Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor (MSSNS).
    Majlis sentiasa bekerjasama dengan pihak MSSS dalam program-program yang
    dijalankan. Peruntukan kewangan juga disediakan kepada MSSS dalam membantu
    program yang dijalankan.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengadakan program sukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ?

    Selain dari itu, Majlis Sukan Negeri Selangor melalui Persatuan Sukan Negeri
    Selangor masih menjalankan program-program pembangunan sukan diperingkat
    akar umbi sepanjang masa dengan mengadakan Program TID iaitu sebuah program
    mengenal pasti bakat baru. Ini disebabkan adanya sukan-sukan yang memerlukan
    latihan seawal umur 6 tahun seperti sukan Gimnastik Artistik dan Gimrama.

Lampiran

Tiada Lampiran.