Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
25) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan perkembangan terkini proses pembinaan Pusat Kebudayaan Cina seperti yang dicadangkan sebelum ini ?
Setakat ini, pembangunan Pusat Kebudayaan Cina telah berada di peringkat
pembentangan Kertas Konsep dan telah pun dipersetujui dan diluluskan oleh YAB
Menteri Besar. Beberapa mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan secara dasarnya
ia telah dipersetujui dengan pembangunan Pusat Kebudayaan Cina akan dibangunkan
terlebih dahulu sebelum membuka ruang kepada pembangunan Pusat Kebudayaan
Melayu dan India. Dijangka pada bulan Ogos akan datang, Mesyuarat Penyelarasan
Pusat Kebudayaan Semua Kaum akan diadakan sekali lagi bagi memperincikan dan
menyelaras pembangunan pusat kebudayaan berkenaan. -
Sila nyatakan di manakah lokasi sebenar yang dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina tersebut dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan ?
Lokasi sebenar yang telah dikenal pasti untuk pembinaan Pusat Kebudayaan Cina ialah
di tanah / tapak hak milik Yayasan Selangor di pesisir Sungai Klang. Pemilihan lokasi ini
juga selaras dengan langkah Kerajaan Negeri dalam rangka rancangan Pemulihan
Sungai Klang yang akan menjadi rancangan terbesar dan berpotensi menjadi daya
tarikan baru di negeri ini. Tidak hanya Pusat Kebudayaan Cina sahaja, bahkan Pusat
Kebudayaan Melayu dan India juga telah dirancang akan dibangunkan di kawasan yang
sama. Kerja-kerja pembinaan Pusat Kebudayaan Cina dijangka akan hanya bermula
setelah semua proses berkaitan status tapak sedia ada selesai dibuat. -
Sila nyatakan apakah sebenar kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan dan seterusnya menyebabkan cadangan pembinaan Pusat tersebut tergendala sehingga kini ?
Kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri ketika ini ialah berkaitan status
tapak / tanah bagi cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Cina tersebut. Tapak /
tanah yang dipilih merupakan hak milik Yayasan Selangor. Ini berkemungkinan besar
akan melibatkan proses pengambilan balik tanah mengikut prosedur di bawah Kanun
Tanah Negaer. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lanjut
bersama-sama pihak Yayasan Selangor, Pejabat Tanah Daerah Klang dan Majlis
Perbandaran Klang (MPK) untuk melihat dan memperincikan tentang status tanah
tersebut dan proses-proses selanjutnya yang boleh diambil.