Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

12) PERKHIDMATAN PERCUMA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kawasan atau daerah yang telah mendapat wi-fi percuma Kerajaan Negeri Selangor?

    Pada masa ini, terdapat 7 (tujuh) lokasi yang telah disediakan kemudahan wifi
    percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu di :

    Pelaksanaan di Kawasan
    Kepadatan Penduduk Tinggi
    Pelaksanaan di Kawasan
    kepadatan Penduduk Sederhana
    / Rendah
    i. Dataran Shah Alam (Sekitar
    Menara Jam)
    ii. Kompleks PKNS Shah Alam
    (berhadapan restoran KFC dan
    Tasik Shah Alam)
    iii. Medan Selera Prima 2, Seksyen
    2, Shah Alam
    iv. Seksyen 3 (sekitar kawasan
    Restoran Khalifah, Syed dan
    Sekolah Kebangsaan Raja Muda
    Seksyen 4, Shah Alam)
    v.Seksyen 9 (Sekitar kawasan
    Oasis)
    i. Kuala Kubu Baharu, Hulu
    Selangor (sekitar kawasan
    Restoran Fazillah Maju)
    ii. Medan Selera Majlis Daerah
    Hulu Selangor, Batang Kali

  2. Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi wi-fi percuma ke daerah Cheras/Balakong?

    Kerajaan sememangnya mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi
    perkhidmatan Wifi percuma ini kepada masyarakat di Negeri Selangor secara
    berperingkat. Ini termasuk di kawasan Cheras/Balakong. Walau bagaimanapun dari
    sudut keseluruhan model pelaksanaannya, ia masih dalam peringkat kajian yang
    mendalam dari sudut pelan perniagaan atau terma-termanya bagi memberikan
    keuntungan kepada semua pihak yang terlibat (Kerajaan, masyarakat dan penyedia
    perkhidmatan (ISP).

  3. Apakah masalah yang dihadapi dan rancangan bagi mengatasi masalah ini?

    Beberapa masalah yang dikenal pasti serta cadangan penyelesaian bagi
    mengatasinya adalah seperti berikut :-
    Bil Masalah Cadangan Penyelesaian
    1 Penawaran perkhidmatan Wifi
    yang memenuhi keperluan
    pengguna serta kerajaan.
    i. Peluang capaian sama rata di mana
    setiap pengguna mempunyai kelajuan 384
    mbps untuk muat turun maksimum dan
    session selama 30 minit. Ini bagi
    membenarkan lebih ramai orang
    berpeluang menggunakannya pada satusatu masa.
    ii. menggalakkan pengguna untuk
    menggunakan aplikasi-aplikasi Kerajaan
    elektronik di mana semua pengguna akan
    menerima landing pagi (website kerajaan
    negeri) di awal capaian.
    2 Rangkaian perkhidmatan Pihak
    Berkuasa Tempatan (PBT)
    Kerajaan Negeri bercadang bagi fasa
    pertama penubuhannya (tahun pertama),
    kerajaan akan menanggung kos tersebut.
    Tetapi bai tahun-tahun berikutnya PBT
    yang berkenaan akan diminta untuk
    mencari alternatif bagi membiayai kos
    tersebut sebagai satu lagi cabang
    perkhidmatan di bawah PBT.
    3 Tapak pemasangan peralatan
    Wifi
    Setakat ini, pendekatan yang diambil
    adalah menggunakan premis atau
    infrastruktur sedia ada PBT bagi
    memudahkan pengurusan utiliti dan aktiviti
    penyelenggaraan.
    4 Penglibatan Anak Syarikat
    Kerajaan Negeri (GLC)
    Menggalakkan setiap GLC menyediakan
    perkhidmatan Wifi percuma kepada
    masyarakat di sekitar premis atu territory.
    5 Penglibatan pihak industri Menggalakkan pihak industri untuk sama
    terlibat dengan usaha penyediaan wifi
    percuma ini sebagai salah satu Corporate
    Social Responsibility (CSR) mereka kepada
    masyarakat.
    6 Promosi dan Publisiti Menggunakan semua medium perantaraan
    maklumat seperti billboard, laman web dan
    sebagainya untuk membuat hebahan
    kepada masyarakat mengenai
    perkhidmatan wifi ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.