Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

2) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan luar Bandar yang disalurkan kepada semua PTD secara perbandingan sejak 3 tahun yang lalu ?

    Perincian / Tahun 2008
    (RM)
    2009
    (RM)
    2010
    (RM)
    Elaun-elaun bagi Ketua
    Kampung, Setiausaha JKKK
    dan urustadbir JKKK
    5,740,800.00 5,740,800.00 5,740,800.00
    Kemudahan Asas Desa – 2,000,000.00 3,000,000.00
    1 Kampung RM10 ribu – – 3,680,000.00
    Hasil Sumber Alam – – 616,000.00
    Projek-Projek Kecil – – 2,700,000.00

  2. Sila nyatakan apakah alasan utama yang menyebabkan peruntukan Luar Bandar dari Persekutuan yang sepatutnya disalurkan kepada semua PTD setiap tahun disekat ?

    Peruntukan Luar Bandar dari Persekutuan yang disalurkan kepada semua PTD
    setiap setahun sebenarnya tidaklah disekat akan tetapi peruntukan tersebut telah
    disalurkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Pejabat Pembangunan
    Negeri (PPN) seterusnya akan mengagihkan sendiri peruntukan-peruntukan tersebut
    ke daerah-daerah melalui Pejabat Pembangunan Daerah Persekutuan.

  3. Memandangkan wujud masalah sekatan yang tidak bermoral dari Persekutuan. Apakah pihak Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah dana untuk menyelesaikan dan memenuhi permintaan pembangunan masyarakat Luar Bandar ?

    Kerajaan Negeri sebenarnya telah memperuntukkan sejumlah dana iaitu ProjekProjek Kecil melalui Pejabat-Pejabat Daerah demi menyelesaikan dan memenuhi
    permintaan pembangunan masyarakat luar bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.