Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
226) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak jumlah pemberian tanah bagi mendirikan rumah ibadah bukan Islam sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah?
Terdapat sebanyak 391 buah rumah ibadat yang melibatkan kuil, tokong, gereja
telah diluluskan hak milik tanah. Berikut adalah pecahan kelulusan hak milik tanah
bagi rumah ibadat selain Islam:
BIL DAERAH HAKMILIK
1 PETALING 22
2 KLANG 235
3 GOMBAK 12
4 SEPANG 20
5 SABAK BERNAM 11
6 KUALA LANGAT 58
7 HULU SELANGOR 25
8 HULU LANGAT 8
JUMLAH 391Walau bagaimanapun, semenjak Pakatan Rakyat memerintah, sebanyak 82
permohonan rumah ibadat selain Islam telah disokong permohonannya yang meliputi
permohonan bagi mendirikan kuil, tokong, gereja dan gurdwara di Negeri Selangor.
Berikut adalah pecahan mengikut kategori rumah ibadat dan daerah:
BIL DAERAH HAKMILIK
KUIL TOKONG GEREJA GURDWARA
1 PETALING 12 5 4 –
2 KLANG 9 9 1 –
3 GOMBAK 5 1 2 –
4 SEPANG 1 1 1 –
5 SABAK BERNAM – 2 – –
6 KUALA LANGAT 1 4 1 –
7 HULU SELANGOR 8 – – 4
8 HULU LANGAT 5 4 4 1
9 KUALA SELANGOR 1 – – –
JUMLAH 42 26 13 5 -
Berapakah jumlah bantuan kewangan untuk mendirikan rumah ibadah atau ubahsuai tempat ibadah bukan Islam ini?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 6 juta tujuan baik pulih
bangunan sedia ada, pendidikan keagamaan dan sumbangan bagi
pemindahan/perobohan rumah-rumah ibadat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih
Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 4,757,500.00 telah
diagihkan kepada 437 buah rumah ibadat yang melibatkan tokong, gereja, kuil dan
gurdwara. Perincian pembahagian peruntukan tersebut adalah seperti Lampiran A.
Pada tahun 2010, sebanyak RM 3 juta telah diperuntukkan kepada 147 buah rumah
ibadat selain Islam bagi tujuan yang sama dan sehingga Julai 2010. Sebanyak RM
2,335.00.00. Perincian pengagihan peruntukan tersebut adalah seperti Lampiran B.