Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

223) PROGRAM SPIES

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan sehingga kini bagaimanakah perkembangan dan pencapaian Program SPIES terhadap matlamat asalnya

    Perkembangan dan pencapaian program SPIES semenjak ia dilaksanakan bermula
    bulan Ogos 2008 sehingga bulan Jun 2010 telah melibatkan seramai 39,870 peserta
    dengan bilangan kursus sebanyak 485 sesi (Maklumat adalah seperti Jadual I di
    bawah). Usaha murni Kerajaan Negeri ini dimantapkan dalam tindakan mengadakan
    modul – modul yang baik dan berkualiti kepada 11 sasaran penting iaitu kakitangan
    kerajaan, pendidik, belia, remaja, kepimpinan masyarakat, AJK Masjid, JKKK,
    Mahasiswa, Briged Amal dan modul kekeluarga yang dibahagikan kepada 2 modul
    iaitu ibu bapa dan ibu tunggal.
    Jadual I
    Pencapaian Program SPIES Bermula Bulan Ogos 2009 Hingga Jun 2010
    Tahun Bilangan Program Jumlah Peserta
    2008 75 7,918
    2009 276 21,325
    ** Januari – Jun 2010 134 10,627
    JUMLAH 485 39,870
    Selain itu, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk merealisasikan
    matlamat bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang dalam aspek menguruskan
    kehidupan dan juga mempunyai peradaban yang tinggi, maka kursus SPIES
    diwujudkan bagi menyediakan satu platform atau landasan ke arah untuk memenuhi
    matlamat asal program seperti yang dinyatakan di bawah.
    i) Menyediakan program dan latihan yang mengintegrasikan nilai spiritual dan
    moral bagi melahirkan rakyat yang cemerlang secara holistik;
    ii) Membina masyarakat yang mempunyai kepedulian sosial dan mesra alam;
    dan
    iii) Melahirkan masyarakat bermaruah dan berkualiti.

    Melalui kandungan modul yang lengkap dan bersesuaian dengan nilai masyarakat
    pelbagai kaum dan agama SPIES telah menyediakan satu ruang yang tepat untuk
    mengintegrasikan rakyat Negeri Selangor secara umum. Keyakinan kepada program
    SPIES boleh merubah nilai kemanusiaan ke arah yang lebih baik.
    Hal ini dapat dilihat melalui kajian keberkesanan program iaitu dengan menganalisis
    maklum balas peserta, yang mana telah menunjukkan keyakinan yang tinggi ke atas
    “Keberkesanan Aplikasi Kehidupan” dengan skor yang diberikan adalah 3.48
    (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan indikator
    penilaian ke atas keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta
    terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesan program SPIES
    ini.

  2. Sila senaraikan jabatan dan agensi Kerajaan yang telah menyertai program tersebut sehingga kini dan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?

    Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan
    perkhidmatan awam telah merangka dan melaksanakan kursus – kursus bertujuan
    untuk membentuk tenaga kerja yang kompeten dan mampu menjalankan tugas
    dengan cemerlang. Susulan daripada itu sebanyak 43 agensi dan jabatan kerajaan
    telah menyertai program ini dan peserta terlibat seramai 4,429 orang dengan
    perbelanjaan berjumlah. RM1,018,670. Maklumat terperinci mengenai penglibatan
    jabatan kerajaan di dalam kursus SPIES adalah seperti jadual di bawah :
    Bil. Jabatan / Agensi Jumlah Peserta Kos (RM)
    1. Perbendaharaan Negeri Selangor 68 15,640
    2. Jabatan Agama Islam Selangor 58 13,340
    3. Jabatan Kerja Raya 65 14,950
    4. Pejabat Tanah Dan Galian
    Selangor 30 6,900
    5. Majlis Bandaraya Shah Alam 89 20,470
    6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
    (MBPJ) 247 56,810
    7. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
    (MPAJ) 334 76,820
    8. Majlis Perbandaran Selayang (
    MPS) 351 80,730
    9. Majlis Daerah Kuala Selangor 114 26,220
    10. Majlis Daerah Sabak Bernam 138 31,740
    11. Majlis Perbandaran Kajang 103 23,690
    12. Majlis Perbandaran Klang 141 32,430

    Bil. Jabatan / Agensi Jumlah Peserta Kos (RM)
    13. Majlis Daerah Kuala Langat 308 70,840
    14. Majlis Perbandaran Sepang 145 33,350
    15. Majlis Perbandaran Subang Jaya 153 35,190
    16. Majlis Daerah Hulu Selangor 163 37,490
    17. Pejabat Daerah Tanah Gombak 47 10,810
    18. Pejabat Daerah Tanah Hulu
    Langat 44 10,120
    19. Pejabat Daerah Tanah Sepang 16 3,680
    20. Pejabat Daerah Tanah Klang 64 14,720
    21. Pejabat Daerah Tanah Kuala
    Langat 132 30,360
    22. Pejabat Daerah Tanah Petaling 28 6,440
    23. Pejabat Daerah Tanah Sabak
    Bernam 73 16,790
    24. Pejabat Agama Islam Daerah
    Sepang 32 7,360
    25. Kolej universiti islam
    antarabangsa Selangor (KUIS) 135 31,050
    26. Jabatan Pengairan Dan Saliran
    Selangor 31 7,130
    27. Jabatan Pengairan Dan Saliran
    Daerah Hulu Selangor 30 6,900
    28. Jabatan Pengairan Dan Saliran
    Daerah Kuala Selangor 138 31,740
    29. Jabatan Pengairan Dan Saliran
    Daerah Sabak Bernam 90 20,700
    30. Yayasan Selangor 5 1,150
    31. Pejabat Kesihatan Daerah Sabak
    Bernam 141 32,430
    32. Pejabat Pertanian Daerah Sabak
    Bernam 10 2,300
    33. Ibu Pejabat Polis Pejabat Daerah
    Sabak Bernam 28 6,440
    34. Pejabat Kesihatan Kuala Selangor 171 39,330

    Bil. Jabatan / Agensi Jumlah Peserta Kos (RM)
    35.
    Lembaga Hasil Dalam Negeri
    (LHDN) 8 1,840
    36. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala
    Selangor 8 1,840
    37. Jabatan Bomba 60 13,800
    38. Lembaga Urus Air Selangor 56 12,880
    39. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 8 1,840
    40. Pejabat Kesihatan Daerah
    Gombak 450 103,500
    41. Pejabat Pertanian Daerah Kuala
    Selangor 13 2,990
    42. Universiti Industri Selangor
    (UNISEL) 74 17,020
    43. Pejabat Tanah dan Galian Negeri
    Selangor 30 6,900
    JUMLAH 4,429 1,018,670

  3. Apakah kesan yang paling ketara dan manfaatnya program ini terhadap para peserta?

    Untuk menilai kesan yang paling ketara dan manfaat program ini kepada peserta,
    indikator terbaik yang boleh digunapakai adalah melalui maklumbalas peserta
    kursus dan hasil analisa maklumbalas peserta yang dibuat ke atas mereka yang
    telah menghadiri kursus ini memberikan keyakinan yang tinggi melalui skor yang
    dinyatakan di atas iaitu 3.48 (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini
    bolehlah dijadikan indikator penilaian ke atas keberkesanan program ini secara
    umumnya kerana peserta terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai
    keberkesan program SPIES ini.
    Pengukuran sebenar keberkesanan program ini juga dapat dlihat dari segi komitmen
    dan minat yang ditonjolkan. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 90% peserta
    menyatakan program yang dilaksanakan adalah baik dan bersetuju untuk mengikuti
    program susulan.

    Selain itu laporan kajian keberkesanan program 2009 yang dibentangkan semasa
    Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada bulan 20 Januari 2010 telah merumuskan
    perkara –perkara berikut :
    a) Program SPIES adalah amat baik dilaksanakan;

    b) Melalui penilaian tiga (3) penjuru iaitu peserta, pemantau dan pihak ketiga
    keseluruhan menyatakan program ini baik dan perlu diteruskan; dan

    c) Pengisian program secara keseluruhan baik iaitu dari aspek kandungan
    modul, penceramah, penggunaan audio visual, logistik dan keberkesanan ke
    atas aplikasi kehidupan.
    Secara umumnya, pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh
    masyarakat yang mana ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan
    potensi kebaikan diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk
    berubah kearah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi
    penjelasan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan

Lampiran

Tiada Lampiran.