Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

222) SISTEM PEMANTAUAN KELULUSAN TANAH ATAU TOL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah yang boleh memantau kelulusan tanah atau TOL?

    Pihak yang memantau kelulusan tanah atau TOL adalah Pentadbir Tanah Daerah
    yang berkenaan.

  2. Bagaimanakah ADN boleh memantau kelulusan tanah atau TOL memandangkan pejabat Tanah tidak pernah mengemukakan apa-apa permohonan?

    Oleh kerana pada masa ini Jawatankuasa Tanah Daerah telah dibubarkan, maka
    permohonan pemberimilikan dan pemilihan terus dikemukakan ke MMKN, PTG dan
    Pentadbir Tanah untuk kelulusan mengikut keluasan yang dinyatakan dalam Kaedah
    Tanah Selangor. Manakala pertimbangan permohonan TOL diturunkan kuasa
    kepada PTD untuk melulus/menolak permohonan bergantung kepada ulasan jabatan
    teknikal yang terlibat. Pekeliling PTG Selangor Bil. 1/2008 bertarikh 28 Mei 2008
    telah menjelaskan perkara ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.