Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
206) PUSAT SIBER RAKYAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 35, 10 Nov 2009); ÒSatu projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang diintegrasikan dengan perpustakaan berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan digital dan buku-buku yang berbentuk fizikal. Program-program ICT mendapat peruntukan sebanyak RM9 juta bagi tahun 2010Ó : Apakah struktur pelaksanaan PSR di peringkat DUN?
-
Apakah seperti program-program Tuisyen Rakyat, Pusat Komuniti Wanita dan Pusat Dialisis Rakyat, program PSR akan dilaksanakan melalui ADUN?
-
Apakah pecahan-pecahan peruntukan RM9 juta dalam pelaksanaan PSR?