Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
195) PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah premis perniagaan dan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) telah diwujudkan menurut daerah?
Premis – premis perniagaan yang telah diwujudkan untuk membantu usahawan
Selangor adalah di bawah kedai – kedai Pembangunan Luar Bandar (PLB) seperti
berikut;
Bil Daerah Jumlah Gerai
1 Klang 150
2 Petaling Tiada maklumat
3 Kuala Langat 150
4 Hulu Langat 129
5 Sabak Bernam 207
6 Kuala Selangor 116
7 Gombak 191
8 Hulu Selangor 197
9 Sepang 54
JUMLAH 1194 -
Apakah program-program inkubator bagi melahirkan usahawan yang telah dilaksanakan?
Program inkubator ini pernah dilaksanakan pada tahun 1999 hingga tahun 2000.
Berikutan tiada peruntukan yang diberikan program ini telah diberhentikan. -
Berapakah Pusat Sehenti (OSC) yang telah diwujudkan menurut daerah?
Kerajaan Negeri pada masa ini telah dan sedang merancang untuk membangunkan
pusat sehenti atau pusat pengumpulan di daerah – daerah seperti berikut;Bil Daerah Jumlah
pusat
Status
1. Sabak Bernam 1 Sedang menjalankan kerja – kerja
penambahbaikan
2. Sepang 1 Proses pemilihan sebut harga
3. Kuala Langat 1 Lokasi telah dikenal pasti
4. Gombak 1 Lokasi telah dikenal pasti dan
sedang menyediakan Bil Of
Quantity (BQ) oleh Pejabat
Daerah
5. Hulu Langat 1 Sedang mengenal pasti lokasi
6. Petaling 1 Sedang mengenal pasti lokasi