Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
194) PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan juga bercadang untuk melibatkan wakil rakyat dalam menentukan pertukaran pegawai-pegawai kanan dalam PBT?
Pada masa sekarang Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk melibatkan Wakil
Rakyat dalam proses pertukaran Pegawai Kanan di Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT). Ini adalah kerana prosedur yang dijalankan di dalam proses ini adalah
prosedur perkhidmatan yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan
Awam. Ia dilakukan dengan teliti dan menepati syarat-syarat Pekeliling tersebut.
Dasar pertukaran ini dilakukan untuk mencapai beberapa objektif yang telah
digariskan seperti di bawah :-
i. Menimba pengalaman baru
ii. Mendapat suasana tempat kerja yang baru
iii. Mengadaptasi kemahiran dan budaya kerja yang baru
iv. Memberi buah fikiran dan pandangan yang bernas untuk membantu PBT
dalam menyelesaikan masalah
v. Pertukaran kerja (rotation of job)
vi. Mengurangkan risiko berlaku gejala rasuah dan salah guna kuasa
Selaras dengan objektif yang tersebut di atas pihak Kerajaan Negeri hanya
menekankan aspek pertukaran bagi Jawatan dan Gred yang sama dan tidak
melibatkan skim perkhidmatan yang berbeza. Pelaksanaan dasar ini diharapkan
dapat mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat semua PBT dapat
melaksanakan arahan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat. Malah pertukaran
ini juga memberi peluang kepada semua PBT untuk menggunakan kepakaran.
Pegawai-pegawai Kanan tersebut dalam menyampaikan perkhidmatan yang
berkesan kepada rakyat. -
Bagaimanakah dasar ini dapat memanfaatkan kerajaan negeri dari segi prestasi dan kualiti kerja PBT?