Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

192) ISU KILANG HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kilang haram yang wujud pada masa kini jika dibandingkan dengan kerajaan sebelum ini?

    Jumlah kilang haram yang terdapat di Negeri Selangor sepertimana yang telah dibanci oleh PBT
    sehingga 11 September 2007 seperti dibawah.
    LAPORAN KEMAJUAN PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA
    KEBENARAN MENGIKUT DAERAH (SEHINGGA MEI 2010)
    DAERAH BIL. LOT BIL. PERMOHONAN TUKAR SYARAT KEPUTUSAN PERMIT KHAS SEMENTARA BAYARAN PREMIUM I PERMIT BELUM DITERIMA BAYARAN PREMIUM I PERMIT DITERIMA LULUS TOLAK TANGGUH 2007 2008 2009 2010
    PETALING 985 654 591 3 53 3 0 1 1 46,104,292.00 66,265,494.00
    KLANG 434 116 93 14 0 424 415 434 470 20,519,224.00 14,096,173.00
    GOMBAK 44 13 32 0 12 32 0 0 0 342,056.34 1,256.34
    HULU LANGAT 467 110 86 6 0 53 18 24 2 18,720,640.60 10,727,425.00
    KUALA LANGAT 209 65 55 7 3 90 10 35 0 5,657,347.00 4,068,141.00
    SEPANG 44 17 17 0 0 14 0 3 1 2,094,404.00 1,226,095.00
    HULU SELANGOR 16 7 1 1 0 15 14 10 5 41,800.00 24,220.00
    KUALA SELANGOR 34 10 8 2 0 1 6 2 1 14,700.00 0.00
    SABAK BERNAM 15 10 0 0 10 6 1 3 0 10,000.00 5,000.00
    JUMLAH 2,248 1002 883 33 78 638 464 512 480 93,504,463.94 96,413,804.34

  2. Apakah permasalahan yang dihadapi kerajaan di dalam pemutihan kilang haram?

    Masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam menyelesaikan kilang haram adalah
    seperti berikut:
    (i) Sebahagian tuan punya tanah tidak berminat untuk meminda dan menukar
    syarat nyata tanah;
    (ii) Pemilik tanah hanya menggunakan sebahagian tanah untuk menjalankan
    aktiviti;
    (iii) Pemilik tanah juga sukar mendapatkan pinjaman untuk menjelaskan premium
    tambahan yang dikenakan kerana pemilik tanah telah berusia dan tidak layak
    untuk membuat pinjaman;
    (iv) Kebanyakan pemilik kilang hanya menyewa di atas tanah tersebut;
    (v) Premium yang tinggi juga antara penyebab tuan tanah tidak memohon tukar
    syarat nyata tanah;
    (vi) Keadaan persekitaran yang selesa juga memainkan peranan yang mana
    kemudahan untuk mendapatkan pekerja mudah diperolehi;
    (vii) Pemilik tanah dan pemilik kilang kurang faham mengenai tukar syarat
    kegunaan tanah walaupun telah diberi taklimat menyebabkan mereka tidak
    membuat permohonan; dan
    (viii) Tempoh pajakan tanah yang hampir luput menyebabkan pemilik tanah
    enggan menukar syarat kegunaan tanah kerana premium tambahan bagi
    tempoh pajakan baru adalah tinggi.

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian Selangor telah merancang
    pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di mana di dalam
    program tersebut kilang-kilang yang telah dibanci akan di beri kemudahan.
    Kemudahan ini hanya diberikan kepada kilang-kilang haram yang beroperasi
    sebelum 11 September 2007.
    (i) Pengurangan Premium Tambahan
    Pemberian potongan sebanyak 50% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh
    tiga (3) bulan atau 30% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh enam (6)
    bulan atau 10% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh sembilan (9) bulan
    kepada pemilik tanah yang menjelas premium secara sekaligus atau ansuran
    dalam tempoh tersebut.
    (ii) Bayaran premium secara ansuran
    Pemilik tanah dibenarkan membayar premium secara ansuran sebanyak dua
    belas (12) kali dalam tempoh lapan belas (18) bulan atau dua puluh empat
    (24) bulan dari tarikh Borang 5A atau 7G dikeluarkan bagi permohonan yang
    baru diluluskan atau mengikut baki tempoh yang ada dalam Borang 5A atau
    7G yang dikeluarkan bagi permohonan yang telah diluluskan terdahulu.
    (iii) Pengecualian premium khas
    Pemilik tanah dikecualikan daripada dikenakan premium khas atau denda
    yang telah ditetapkan di bawah Kaedah 11(6), Kaedah–Kaedah Tanah
    Selangor 2003 kepada pemilik tanah yang melanggar syarat kegunaan tanah.

    (iv) Pelanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian bagi tanah
    bertempoh pajakan kurang lima belas (15) tahun
    Permohonan perlanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian
    yang mempunyai baki tempoh pajakan kurang 15 tahun diluluskan atas
    kegunaan industri dan permium dikenakan berdasarkan nilaian tanah semasa
    serta diberi pengurangan premium sebanyak 50 peratus. Pengurangan ini
    dikecualikan bagi mereka yang telah mendapat insentif pengurangan
    premium tambahan.
    (v) Insentif Dari PBT
    Resolusi berkenaan Insentif untuk kilang-kilang tanpa kebenaran bagi
    memastikan kilang-kilang ini dapat beroperasi secara sah hendaklah
    digunapakai.
    (vi) Penurunan Kuasa
    Bagi mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan tukar syarat,
    kuasa melulus permohonan tukar syarat di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c),
    124A dan 204A, Kanun Tanah Negara bagi kilang-kilang tanpa kebenaran
    diturunkan kepada Pentadbir Tanah Daerah tertakluk kepada kilang-kilang
    yang berada di dalam zon yang ditetapkan.
    (vii) Pengenaan Syarat Teknikal Minima
    Garis panduan Syarat Teknikal Minima digunapakai oleh semua PBT di
    Selangor sebagai rujukan bagi meluluskan permohonan tukar syarat tanah
    untuk kilang–kilang tanpa kebenaran. Syarat Teknikal Minima ini akan
    digunapakai sebagai rujukan sepanjang program pemutihan ini dijalankan.
    (viii) Program ‘Outreach’
    Program ini dijalankan bagi memberi penerangan tentang program pemutihan
    serta mendekatkan pihak berkuasa berkaitan dengan pemilik-pemilik tanah
    dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran. Di antara program
    ‘outreach’ ialah pengedaran brosur-brosur kepada pemilik-pemilik tanah dan
    pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran, program turun padang oleh
    pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam
    program pemutihan dan memberi khidmat nasihat dan bantuan di dalam
    melengkapkan borang-borang permohonan tukar syarat.
    (ix) Pengecualian Caruman Infrastruktur Sosial
    Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi pengecualian daripada dikenakan
    caruman infrastruktur sosial sebanyak RM50,000.00 seekar bagi kawasan
    Lembah Klang dan RM35,000.00 seekar bagi kawasan di luar Lembah Klang.
    (x) Pengeluaran Permit Khas Sementara
    Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengeluarkan suatu permit
    khas bagi penggunaan sementara tanah-tanah pertanian yang didirikan
    kilang-kilang tanpa kebenaran. Kuasa bagi meluluskan permit ini telah
    diturunkan kepada PTD dan permit-permit akan dikeluarkan oleh Pejabat
    Tanah yang berkenaan untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun. Permit
    tersebut juga hanya boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali sahaja. Dalam
    masa tersebut tuan tanah hendaklah membuat permohonan secara teratur di
    bawah seksyen 124 KTN atau 124A KTN atau tindakan perampasan tanah
    boleh dibuat.
    (xi) Pengeluaran Lesen Perniagaan Sementara
    Pihak Berkuasa Tempatan juga akan mengeluarkan lesen perniagaan
    sementara (trade license) kepada pengusaha / pemilik kilang yang telah
    dikenalpasti.
    (xii) Pelarasan Cukai Tanah
    Kerajaan Negeri juga bersetuju meluluskan pelarasan cukai tanah bagi
    memberikan kesahan undang-undang atau pemutihan kepada aktiviti-aktiviti
    yang menjurus kepada pelanggaran syarat tanah di atas tanah hakmilik yang
    kategori bangunan kediaman tetapi telah dibenarkan beroperasi melalui lesen
    perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT.
    (xiii) Pelanjutan Tempoh Permohonan Tukar Syarat
    Tempoh untuk mengemukakan permohonan tukar syarat dilanjutkan
    sehingga 30 Jun 2010 untuk memberi peluang kepada pengusaha kilang /
    tuan tanah terus beroperasi secara sah dan mampu menyumbang ke arah
    pembangunan ekonomi masyarakat setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.