Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

184) TEATER DIRAJA SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos binaan bangunan dan pengisian teater tersebut?

    Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM43.84 juta untuk membiayai kos projek
    iaitu pembinaan bangunan RM36.8 juta, peralatan sistem teater RM5.82 juta dan kerja
    landskap RM1.22 juta.

    Bangunan teater yang dibina boleh memuatkan 800 penonton.

  2. Siapakah pemaju yang bertanggungjawab dalam projek binaan?

    Dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada bulan September 2003, mesyuarat
    telah melantik Tetuan Kembang Serantau Sdn. Bhd. sebagai kontraktor bagi projek ini.

  3. Bilakah teater tersebut akan buka untuk kegunaan?

    Kajian Audit ke atas cadangan ini telah dijalankan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan
    Negeri Selangor bermula 29hb. Oktober 2009 dan berakhir pada 21 hb. Mei 2010 yang
    lalu. Satu kertas kerja untuk Mesyuarat MMKN bagi permohonan untuk penyerahan
    semula bangunan dan permohonan tuntutan bayaran kos penyelenggaraan akan
    dibentangkan pada 8hb. Julai 2010 untuk pertimbangan mesyuarat.

    Mesyuarat MMKN pada bulan Disember 2006 telah bersetuju supaya pengurusan,
    penyenggaraan bangunan dan pengisian program Teater Diraja Shah Alam dikendalikan
    sepenuhnya oleh JKKN Selangor. Selain itu, mesyuarat Jawatankuasa Tetap
    Kebudayaan pada bulan Januari 2008 telah bersetuju melantik JKKN Selangor sebagai
    ’end user’ bangunan teater tersebut dengan menyediakan perancangan dan senarai
    program yang berkualiti untuk merancakkan industri teater termasuk mengadakan kelas
    serta pertandingan teater.
    Buat sementara ini, Majlis Bandaraya Shah Alam bertindak sebagai ’care taker’
    bermula pada 22hb. Oktober 2008. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) telah
    dikeluarkan dan satu majlis penyerahan bangunan telah diadakan di antara pemborong
    Kembang Serantau Sdn. Bhd. dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam pada
    tarikh tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.