Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

181) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah golongan miskin Bandar yang telah mendaftar dan menerima Skim Mikro Kredit ini mengikut DUN?

    Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang menubuhkan
    Sekretariat bagi Program Mikro Kredit ini dan dijangka akan mula beroperasi pada akhir
    Julai 2010. Justeru, setakat ini pendaftaran belum dibuka.

  2. Selain skim ini, apakah program lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan miskin Bandar agar mereka boleh berdikari sendiri?

    Di antara program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu
    masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar untuk hidup berdikari, Kerajaan
    Negeri menyediakan bantuan dari segi peralatan dan mesin kepada pengusaha industri
    kecil dan peniaga kecil-kecilan yang berpendapatan rendah. Program yang
    dimaksudkan adalah Program Bantuan Peralatan “Blueprint” dan Program Bantua Dana
    Industri Kecil Sederhana (IKS). Melalui bantuan mesin dan peralatan, peniaga mahupun
    pengusaha kecil dilihat berjaya meningkatkan pendapatan keluarga melalui peningkatan
    penghasilan produk.

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelaraskan pemberian bantuan untuk golongan miskin Bandar melalui Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)?

    Antara bantuan yang disalurkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk membantu
    kemiskinan di bandar ialah :
    1) Sewa rumah kepada yang layak melalui permohonan selama 6 bulan dan akan
    disambung melalui permohonan semula sekiranya layak.
    2) Rumah penempatan sementara dikenali sebagai Pangsapuri Barakah. Penghuni
    hanya membayar bil elektrik dan bil air sahaja.
    3) Bayaran yuran pendidikan Pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
    pada awal tahun persekolahan.
    4) Bantuan kewangan dan makanan bulanan selama setahun.
    5) Bantuan modal perniagaan.
    6) Bantuan persediaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Lampiran

Tiada Lampiran.