Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
177) PENGURUSAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah hasil pendapatan pasir kepada kerajaan negeri daripada tahun 2006- 2010?
Senarai jumlah hasil pendapatan pasir kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2006-2010 adalah seperti dibawah.
* Sumber diperolehi daripada PTD
* Maklumat dikemaskini sehingga 15 Mei 2010
TAHUN 2006 2007 2008 2009 2010
DAERAH PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN PASIR LAIN-LAIN
PETALING 1,225,800. 00 1,165,092.0 0 987,900. 00 253,652.00 3,683,682. 00 150,350.00 102,000.00 259,450.00 12,000.00 53,800.00
KLANG 133,161.00 432,000.00 90,000.00 Tiada Tiada 42,000.00
SEPANG 484,057.46 439,950. 00 109,880.00 1,075,410. 00 284,610.00 1,658,910. 00 285,000.00 593,370.00 35,540.00
KUALA LANGAT 237,600.00 194,000.00 186,000. 00 135,000.00 408,000.00 241,000.00 Tiada 909,000.00 372,000.00 540,000.00
HULU LANGAT 130,716.00 10,147,624. 82 50,502.0 0 10,945,494. 88 142,500.00 9,371,647. 60 345,000.00 10,172,075. 20 333,000.00 4,581,850. 43
KUALA
SELANGOR 980,650.00 Tiada 15,000.00 386,250.00 13,800.00 2,556,000. 00 71,900.00 1,260,000. 00 43,800.00
HULU
SELANGOR 154,450.00 506,070.00 38,700.0 0 268,198.00 273,159.00 309,960.00 689,955.00 567,150.80 307,800.00 238,600.00
SABAK BERNAM Tiada 18,000.00 Tiada 600.00 Tiada 40,000.00 Tiada 37,500.00 Tiada 17,300.00
GOMBAK 38,235.00 3,021,449.9 0 790,953. 00 3,362,448.3 0 259,265.29 4,870,204. 30 79,904.04 2,722,052.6 0 24,600.00 1,485,415. 00 -
Adakah satu jawatankuasa ditubuhkan bagi memantau hasil serta operasi pasir dan siapakah anggota dalam jawatankuasa tersebut?
Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan telah
ditubuhkan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan
pasir dan mempertingkatkan kemampuan Unit Penguatkuasaan. Mesyuarat ini
dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan dianggotai
oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah, Jebatan-jebatan
Teknikal dan KSSB. Selain itu, Pasukan Petugas Khas Pemantauan Permit Pasir
telah ditubuhkan bagi memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang
permit / kontraktor dalam menjalankan aktiviti perlombongan pasir mengikut syaratsyarat dan kehendak Jabatan Teknikal yang berkenaan dan Pentadbir Tanah. -
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan kelulusan pengeluaran pasir sungai yang menyebabkan banjir dan badan manakah yang bertanggungjawab meluluskan pengeluaran pasir daripada sungai?
Bagi mempercepatkan kelulusan pengeluaran pasir sungai yang menyebabkan
banjir, Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan
diberi tanggungjawab untuk memastikan semua permohonan pasir sungai diproses
dengan kadar segera. Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Borang 4C kepada
Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi mengendalikan pengeluaran pasir sungai
tersebut.