Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
172) TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH DI SUNGAI KEMBONG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tempat pelupusan sampah yang dibuka semula secara sementara di Sungai Kembong dijanjikan akan ditutup sepenuhnya pada April 2010. Mengapakah tapak itu masih dibuka hingga kini?
Logi RDF tidak dapat menerima sepenuhnya sampah daripada MPKj. Kelewatan
menaiktaraf logi disebabkan oleh kontraktor yang membekalkan alat ganti penting
tersebut tidak mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui. -
Apakah masalah yang dihadapi MPKj hingga membenarkan sampah dibuang semula ke sini?
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terpaksa menghantar semua sisa pepejalnya ke
Tanjung 12 dan setiap penghantaran akan mengamalkan masa yang panjang dan
menyebabkan proses kutipan tidak berjalan mengikut jadual. -
Adakah plan jangka panjang bagi mengatasi masalah pembuangan sampah bagi MPKj?
Menurut maklumat awal Majlis Perbandaran Sepang akan membantu tranferstation dan
MPKj boleh menggunakan tranferstation yang sama.