Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

167) PEMBANGUNAN DI HULU SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah membekukan cadangan pembangunan kampus Universiti Teknologi MARA (UITM) di kawasan Serendah, Hulu Selangor. Apakah kerajaan negeri sedar pembekuan projek ini merencatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan Serendah ?

    Kerajaan akan terus menerapkan semua perancangan pembangunan yang telah
    direncanakan sebelum ini seperti ‘Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri
    Selangor 2025’ dan ‘ Pakej Rangsangan Ekonomi’ bagi menjamin pembangunan
    sosioekonomi berlaku di segenap pelosok negeri. Setiap pelan pembangunan yang
    telah diatur oleh Kerajaan, telah jelas menggariskan semua aspek-aspek pembangunan
    yang perlu diberi perhatian di dalam sesuatu kawasan atau daerah. Kerajaan tidak
    melihat bahawa pembekuan projek ini akan merencatkan pembangunan sosioekonomi
    di kawasan Hulu Selangor. Hal ini adalah kerana, daerah Hulu Selangor berkembang
    maju dengan bersandar kepada pengeluaran sektor pertanian dan perindustrian yang
    telah terbukti mampu meningkatkan pendapatan dan membangunkan ekonomi daerah
    tersebut dengan lebih mapan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi data perangkaan
    taburan pekerjaan di Daerah Hulu Selangor, di mana hampir 18% dari penduduk Hulu
    Selangor yang berjumlah 198,000 orang adalah tergolong dalam guna tenaga di sektor
    pertanian. Manakala, hampir 8% lagi penduduk adalah tergolong dalam guna tenaga di
    sektor perindustrian.
    Kerajaan sentiasa peka dan menjadikan keperluan pendidikan kepada rakyat itu sebagai
    perkara utama dan perlu dititikberatkan saban tahun. Walaupun pembekuan cadangan
    pembangunan ini dilaksanakan, Kerajaan sebenarnya telah menyediakan institusiinstitusi pendidikan terbaik di seluruh Negeri Selangor. Negeri ini yang telah dikelilingi
    dengan pelbagai institusi pendidikan awam dan swasta yang hebat dan terbaik, telah
    jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menolak sebarang

  2. Apakah kerajaan negeri mempunyai cadangan lain untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi di Hulu Selangor ?

    Kerajaan sentiasa bersedia untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah tahap yang
    lebih tinggi dan baik. Bagi meneruskan lagi kecemerlangan daerah Hulu Selangor,
    Kerajaan telah menyusun perancangan pembangunan yang terbaik. Pelbagai usaha
    telah dilakukan, dan kini Kerajaan akan memastikan penumpuan diberikan ke atas
    peningkatan dan perkembangan sektor perindustrian di daerah tersebut.
    Kerajaan Negeri menerusi anak syarikat Selangor State Investment Centre (SSIC) dan
    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sentiasa berusaha untuk
    menaiktarafkan 13 kawasan perindustrian sedia ada dan dalam masa yang sama
    mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian yang baru bagi merancakkan sektor
    perindustrian di daerah ini seperti Kawasan Perindustrian Hulu Yam, Kawasan
    Perindustrian Mukim Rasa dan Pusat Perindustrian Zurah. Di kawasan Serendah kini
    penumpuan telah mula diberikan bagi membangunkan “Hub Automotif Negeri Selangor”
    sebagai subsektor utama di kawasan tersebut. Dengan penyertaan aktiviti pengeluaran
    yang aktif daripada industri automotif seperti Tan Chong Motor dan PERODUA, aktiviti
    perindustrian di daerah ini akan terus berkembang dan dalam masa yang sama, usaha
    ini akan dapat meningkatkan nilai kemasukan pelaburan baru dari dalam dan luar
    negara bagi melabur dan membuka industri-industri baru di daerah ini.

  3. Berapakah bajet keseluruhan pembangunan ekonomi dan infrastruktur serta pecahannya mengikut DUN yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi daerah Hulu Selangor ?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 24 Jun 2010 telah
    menolak soalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.