Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

164) PELABURAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2009 mengikut pecahan daerah ?

    Jumlah pelaburan yang diperolehi oleh negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga
    Mac 2010 secara perbandingan dengan tempoh yang sama bagi tahun 2009 mengikut
    pecahan daerah adalah seperti berikut;-
    Lokasi / Daerah
    Projek Perkilangan Yang Diluluskan
    Di negeri Selangor Bagi Tempoh
    Januari hingga Mac 2009
    Projek Perkilangan Yang Diluluskan
    Di negeri Selangor Bagi Tempoh
    Januari hingga Mac 2010
    Bil.
    Projek
    Peluang
    Pekerjaan
    Jumlah
    Pelaburan
    (RM)
    Bil.
    Projek
    Peluang
    Pekerjaan
    Jumlah
    Pelaburan
    (RM)
    Petaling 32 1,944 551,005,892 31 1,387 487,520,110
    Klang 22 1,100 456,325,723 14 611 505,186,974
    Kuala Selangor 4 305 56,304,172 4 918 310,172,448
    Hulu Langat 7 372 75,648,909 6 215 67,691,000
    Gombak 3 171 26,380,000 5 376 95,811,610
    Kuala Langat 3 365 37,097,114 1 180 25,087,500
    Hulu Selangor 1 39 500,000 1 18 1,200,000
    Sepang 0 0 0 0 0 0
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0 0
    Lain-Lain
    Kawasan
    1 14 6,400,000 1 87 8,600,000
    Jumlah 73 4,310 1,209,661,810 63 3,792 1,501,269,642
    Sumber : MIDA

  2. Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?

    Prestasi Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi tempoh Januari hingga
    Mac 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain adalah seperti berikut;-
    Negeri Bil.
    Projek
    Peluang
    Pekerjaa
    n
    Pelaburan
    Tempatan
    (RM)
    Pelaburan
    Asing (RM)
    Jumlah
    Modal
    Pelaburan
    (RM)
    W. P. Kuala
    Lumpur 1 97 4,402,138 0 4,402,138
    W. P.
    Labuan 0
    Selangor 63 3,792 784,786,696 716,482,946 1,501,269,642
    Pulau
    Pinang 20 746 124,552,847 16,917,407 141,470,254
    Perak 10 604 570,498,247 399,364,800 969,863,047
    Johor 34 3,166 173,990,088 480,453,001 654,443,089
    Negeri
    Sembilan 7 1,207 78,589,430 36,496,960 115,086,390
    Melaka 4 78 235,365 4,475,623 4,710,988
    Kedah 12 2,099 61,288,886 1,533,289,428 1,594,578,314
    Pahang 0
    Kelantan 3 1,084 63,700,000 6,300,000 70,000,000
    Terenggan
    u 0
    Perlis 0
    Sabah 7 178 67,129,874 0 67,129,874
    Sarawak 9 443 76,722,342 1,673,917 78,396,259
    Belum
    Ditentukan 0 0 0 0 0
    Jumlah 170 13,494 2,005,895,913 3,195,454,082 5,201,349,995

  3. Apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor ?

    Antara langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor
    dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-
    i. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan
    yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan
    perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum
    balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di
    Selangor.
    iii. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan
    perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    iv. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    v. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak
    menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang
    diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang
    ditubuhkan di setiap PBT.
    vi. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
    memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
    mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
    vii. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan
    perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    viii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di
    semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    ix. Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi
    perkhidmatan.
    x. Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    xi. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara.
    xii. Bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan perniagaan bagi menarik
    pelaburan dari luar negara.
    xiii. Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti
    isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak
    industri terus beroperasi.
    xiv. Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan
    sistem penyampaian di Negeri Selangor.
    xv. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.