Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
150) PeBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri telah membuat kajian ke atas kegiatan sambutan belia bagi program-program dijalankan atau diusahakan?
Kerajaan Negeri sentiasa memantau program-program yang dijalankan oleh
Penggerak Belia Tempatan atau lebih dikenali PeBT di seluruh Selangor. Pegawaipegawai Belia di Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pemantau bagi Kerajaan
Negeri dan pihak UPEN akan menyelaras ke semua laporan seterusnya dilaporkan
kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia. Malahan terdapat di sesetengah Pihak
Berkuasa Tempatan, Ahli Majlis juga turut memantau PeBT dari segi pentadbiran
dan perjalanan program bagi memastikan objektif program tercapai.
Melalui laporan oleh PeBT, Kerajaan Negeri telah mensyaratkan untuk menyatakan
jumlah pengunjung atau kehadiran orang ramai ke program-program tersebut. -
Apakah jenis-jenis kursus tersebut dan jumlah yang telah dijalankan?
Program-program yang telah dijalankan adalah berteraskan enam teras
Pembangunan Belia iaitu :-
i. Pendidikan
ii. Kepimpinan
iii. Ekonomi
iv. Sukan
v. Kemasyarakatan dan Kesukarelawan dan
vi. Kebudayaan dan Kesenian
Sehingga 30 Jun 2010, sebanyak 104 program telah dijalankan di seluruh PBT oleh
PeBT dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM293,095.10. -
Adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi mempergiatkan lagi tawaran kursuskursus kepada belia-belia ini?
Kerajaan Negeri dalam usaha menggerakkan fasa III Merakyatkan Ekonomi
Selangor yang mana Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan akan terlibat dengan dua
program fasa tersebut iaitu :-
i. Bimbingan kepada Usahawan Muda
ii. Bantuan Perniagaan kepada Belia
Melalui fasa ini, Kerajaan Negeri akan mengadakan program secara bulanan di
semua daerah.