Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

143) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil , tokong dan gereja?

    Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menyediakan langkah-langkah yang khusus
    bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil, tokong
    dan gereja. Keselamatan rumah-rumah ibadat adalah di bawah tanggungjawab
    pengurusan dan ahli jawatankuasa rumah ibadat berkenaan.

  2. Berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut?

    Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menyediakan peruntukan khusus untuk
    menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut. Peruntukan rumah-rumah
    ibadat bukan Islam adalah untuk tujuan baik pulih bangunan sedia ada, pendidikan
    keagamaan dan sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang
    dirobohkan.

  3. Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor yang telah menerima atau ditimpa ancaman keganasan, kebakaran dan kerosakan dari segi fizikal

    Buat masa ini kerajaan Negeri masih belum mempunyai statistik khusus bagi rumahrumah ibadat yang ditimpa bencana memandangkan hal ehwal pengurusan dan
    pentadbiran rumah-rumah ibadat tersebut adalah di bawah tanggungjawab
    jawatankuasa rumah ibadat yang terlibat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat
    rumah-rumah ibadat yang ditimpa bencana, kerajaan negeri sedia
    mempertimbangkan bantuan bagi membantu rumah-rumah ibadat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.