Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
141) INFRASTRUKTUR DAN PEMBAIKPULIHAN JALANRAYA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah wang kepada Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Selangor) setiap tahun untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan di Selangor. Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk tahun 2009 dan tahun 2010?
Berikut adalah jumlah peruntukkan yang diterima JKR Selangor untuk tahun 2009
dan tahun 2010 untuk kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak konsesi
dan juga secara jabatan yang dilaksanakan oleh JKR Daerah.
Bil Tahun Konsesi Jabatan Jumlah
1. 2009 RM 27,554,290.00 RM 42,701,390.30 RM 70,255,680.30
2. 2010 RM 20,000,000.00 RM 10,408,299.00 RM 30,408,299.00 -
Senaraikan kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan peruntukkan tersebut di Selangor ?
Sila rujuk lampiran yang disertakan. (lampiran A)