Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
139) MASJID
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar masjid-masjid tidak dijadikan gelanggang berpolitik. Apakan langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan titah arahan ini?
Jabatan ini telah menguatkuasakan titah tuanku dan telah menghantar salinan titah
tersebut kepada semua masjid dan surau untuk ditampal dan dimaklumkan kepada
semua ahli kariah. -
Setakat ini adakah mana-mana masjid yang telah melanggar titah arahan ini dan sekiranya berlaku perlanggaran tersebut apakah bentuk pendakwaan dan hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang itu didapati bersalah mengingkari titah arahan ini?
Terdapat beberapa masjid yang telah didapati melanggar titah tersebut dan telah
diambil tindakan, nasihat, amaran, surat tunjuk sebab dan sehinggalah pemecatan
seperti berikut :
BIL NAMA MASJID /
SURAU
ISU TINDAKAN
1 Masjid Taman Subang
Perdana
Khatib tidak bertauliah dan
menyentuh politik. (Us.
Hassan Basri).
Surat tunjuk sebab telah
diberikan kepada Nazir.
2 Masjid Al-I’tisam
Seksyen U2,Taman
TTDI Jaya
Khatib tanpa tauliah dan
menyentuh politik.
Surat tunjuk sebab telah
diberikan kepada Nazir.
3 Masjid Darul Ehdan
Jalan SS 15/2E, Subang
Jaya
Khatib tidak bertauliah dan
menyentuh politik
Penamatan jawatan
Pengurus Masjid.
4 Masjid Al-Ubudiah
Seksyen 19, Shah Alam
Khatib berkhutbah
menimbulkan isu ISA.
Surat tunjuk sebab telah
diberikan kepada Nazir.
5 Masjid Al-Amin
Seksyen 17, Shah Alam
Menjemput penceramah
tanpa tauliah (Aliran
Wahabi)
Surat mohon penjelasan
telah diberikan kepada
Nazir.
6 Surau Al-Huda, Seksyen
19 Shah Alam
(Surau Kebenaran Solat
Jumaat)
Khatib berkhutbah tanpa
tauliah (Y.B Abdul Khalid
Samad).
Surat mohon penjelasan
telah diberikan kepada
Pengerusi Surau.
7 Masjid Jamek ArRahimiah
Klang.
Membenarkan orang
bukan Islam berucap di
dalam Masjid (Y.B Xavier)
Aduan melalui surat
Surat mohon penjelasan
telah diberikan kepada
Nazir
8 Masjid Kampung Raja
Uda
Pelabuhan Klang
Khatib tidak
bertauliah.(Ust. Zubir
Embong)
28 April 2010
Aduan melalui surat
Nazir telah dinasihati
dan pengajian
penceramah
ditangguhkan.
9 Masjid As-Saadah,
Bandar Sultan
Sulaiman, Pel. Klang
Penyalahgunaan dana
masjid Kenyataan YB
Dato’ Abd Rahman Palil
dalam SinarHarian
25/05/2010
Akan disiasat oleh
Bahagian Audit MAIS.
10 Masjid At-Taufikiah
Parit 4, Sungai Burong
Tanjung Karang
Khatib tidak membaca teks
dan berunsur politik.
Aduan melalui surat
Telah diberi nasihat
kepada Nazir.
11 Masjid Sg. GulangGulang
Ahli politik PKR
berceramah di Masjid
Aduan surat dari JKKP
Surat mohon penjelasan
Nazir telah dihantar
12 Masjid As-Syarif
Telok Seri Telok Datok,
Banting
Berceramah berunsur
politik (Dr. Badrul Amin).
Aduan melalui surat
Surat mohon penjelasan
telah diberi kepada
Nazir
13 Masjid An-Nur
Kampung Melayu, Wira
Damai,Batu Caves
Penceramah tidak
bertauliah dan edar risalah.
Aduan melalui surat.
Surat mohon penjelasan
kepada Nazir. Didapati
risalah diedar diluar
masjid.
14 Masjid Lama Batu 6
Batu 6, Jalan Gombak
Penceramah berunsur
politik
Aduan melalui surat
Surat mohon penjelasan
telah diberi kepada
Nazir.
c) Penceramah-penceramah yang memberikan ceramah dan berkhutbah di masjidmasjid negeri Selangor adalah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
“Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 119,
Kesalahan Mengajar Agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam Tanpa
Tauliah :
(1) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang
agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh di denda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi –
(a) Mana-mana orang atau golongan yang dikendalikan oleh Majlis
dibawah seksyen 121 Enakmen ini; atau
(b) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara
tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota
keluarga sahaja.15 Masjid Al-Sharif
Kampung Simpang Tiga
Jalan Gombak
Penceramah berunsur
politik.
Aduan melalui surat
Setelah disiasat aduan
tidak benar.
16 Masjid Al-Azim
Pandan Indah
Kuliah oleh Ust. Abdullah
Yasin
Aduan melalui surat
Sedang dalam siasatan.
17 Masjid Daerah Kuala
Kubu Baru
Khutbah oleh ahli Politik
dan Khutbah tidak ada
selawat.
– Kenyataan oleh Dato’
Zainal Abidin Sakom
dan Timb. Pengerusi BN
Selangor di akhbar
Setelah disiasat, bacaan
selawat dibaca oleh YB
Dato’ Dr. Hassan Bin
Mohd Ali -
Apakah kerajaan bercadang untuk menghalang mereka yang aktif berpolitik agar tidak menyampaikan khutbah dan memberikan ceramah?
Penceramah-penceramah yang memberikan ceramah dan berkhutbah di masjidmasjid negeri Selangor adalah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
“Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 119,
Kesalahan Mengajar Agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam Tanpa
Tauliah :
(1) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang
agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh di denda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi –
(a) Mana-mana orang atau golongan yang dikendalikan oleh Majlis
dibawah seksyen 121 Enakmen ini; atau
(b) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara
tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota
keluarga sahaja.