Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
135) BILLBOARD MILIK PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PBT memiliki billboard? Jika ada, berapa buah, saiz dan lokasi bagi setiap PBT?
Berikut jumlah Billboard di setiap Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) Negeri Selangor
dan dilampirkan di lampiran senarai mengikut saiz dan lokasi:
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan Bil. Billboard
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 14
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2
3. Majlis Perbandaran Klang 9
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 3
5. Majlis Perbandaran Subang Jaya 22
6. Majlis Perbandaran Selayang 6
7. Majlis Perbandaran Kajang 6
8. Majlis Perbandaran Sepang 9
9. Majlis Daerah Kuala Selangor Tiada
10. Majlis Daerah Hulu Selangor 10
11. Majlis Daerah Kuala Langat 12
12. Majlis Daerah Sabak Bernam 2
Jumlah 95 -
Berapakah billboard haram yang mengiklankan bekas Menteri Besar tidak dirobohkan, di mana dan mengapa?
Maklum balas yang diterima dari PBT mengenai perkara ini, Semua Billboard yang
memaparkan wajah bekas Menteri Besar Selangor telah diturunkan visualnya dan
papan iklan haram juga turut di pantau oleh PBT. -
Apakah tindakan terhadap PBT yang masih membiarkan billboard tersebut setelah 2 tahun dilantik Menteri Besar yang baru?
Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana PBT
yang masih membiarkan Billboard memaparkan bekas Menteri Besar atas dasar
kelalaian PBT yang boleh menyebabkan rakyat keliru dengan perkara ini. Maklumat
–maklumat yang dipaparkan di Billboard haruslah tepat dan dikemaskini.