Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

116) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah projek yang telah di siapkan dan berapa banyakkah belanja digunakan untuk projek tersebut

    Sehingga 31 Mei 2010, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perumahan,
    Pengurusan Bangunan dan Setinggan telah berjaya menyelesaikan sebanyak 20
    projek yang melibatkan 7,779 unit. Walau bagaimanapun, buat masa ini suntikan
    dana tidak diperlukan dari Kerajaan Negeri bagi memulihkan projek-projek
    terbengkalai kerana projek-projek yang dipulihkan adalah bersifat self financing
    (pembiayaan sendiri) seperti contoh projek Bukit Botak yang sedang dipulihkan oleh
    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana ia melibatkan tindakan
    pengambilan tanah yang membolehkan Kerajaan Negeri menyusun semula
    pembangunan dengan tawaran unit rumah yang lebih menarik dan tinggi nilainya
    serta membolehkan pembeli bersetuju menambah wang sendiri untuk menanggung
    defisit tersebut.

  2. Mengikut pecahan berapa banyakkah rumah kos rendah, rumah kedai, rumah kediaman harga tinggi yang disiapkan sedia untuk didiami

    Berikut adalah projek yang berjaya disiapkan mengikut pecahan skim :
    i) Skim Kos Sederhana :
    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
    1 Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos
    Sederhana Tinggi
    Sama Pesona Sdn Bhd
    600 Unit
    2 Membina 28 Unit Rumah Berkembar di
    atas Lot 1344, Jalan Sri Banang 14,
    Taman Sri Andalas, Mukim Klang
    URC Housing Sdn Bhd
    28 Unit
    3 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer
    Sdn. Bhd & Tetuan
    Willow Construction
    Sdn. Bhd
    30 unit
    4 Projek Perumahan Taman Pinggiran
    Batu Caves, Daerah Gombak
    Tetuan Bee Teck
    Trading Corporation
    Sdn. Bhd.
    196 Unit
    5 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran
    USJ, Shah Alam
    Tetuan LBS Bina
    Group Berhad 30 unit
    6 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.
    (Pangsapuri Okid)
    SPNB /Unique Creation 580 Unit
    7 Projek Pembesaran Kampung Gesir
    Tengah, Daerah Hulu Selangor
    HRK Holdings Sdn.
    Bhd. 128 Unit
    ii) Skim Kos Tinggi :
    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
    1 Taman Prima Selayang Di Atas Lot 8213,
    6017 Sebahagian Lot 4487, 5510 &
    Tanah Kerajaan Mukim Batu, Gombak
    Kansas Corporation
    Sdn Bhd 220 Unit
    2 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918,
    PT 31343, Gombak
    Tetuan Hartawan
    Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit
    3 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit
    4 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang,
    Daerah Kuala Selangor
    Tetuan Radiant Hart
    Construction Sdn. Bhd 33 Unit
    5 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn.
    Bhd. JV Tetuan
    Yayasan Selangor
    77 Unit
    6 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9 B, 9
    C, 9F, 12, 19 dan 21
    Talam Corporation
    Bhd. 1,447 Unit
    7 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan
    Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang
    Jaya, Mukim Damansara, Daerah
    Petaling
    Tetuan Sanjung Utama
    Sdn. Bhd. 1,316 Unit
    8 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2
    Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2
    Tingkat, Taman Kosas, Mukim Ampang,
    Daerah Hulu Langat (MPAJ)
    Tetuan Koperasi
    Serbaguna Anak-Anak
    Selangor Berhad 203 Unit
    9 Taman Nilam, Mukim Ujung Permatang,
    Daerah Kuala Selangor
    Tetuan Richmall Sdn.
    Bhd. 84 unit
    iii) Skim Komersial / Rumah Kedai :
    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
    1 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda
    Musa, Pelabuhan Klang.
    Transhabour Sdn Bhd 258 Unit
    2 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat
    Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah
    Alam
    Tetuan PCM Bina Sdn.
    Bhd 1,514 Unit
    3 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4
    Tingkat Taman Serdang Perdana,
    Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah
    Petaling
    Tetuan Green Cresent
    Sdn. Bhd. 512 Unit
    4 KOMPLEKS KOTA KAJANG, Mukim
    Kajang, Daerah Hulu Langat
    Tetuan Windhill
    Development &
    Construction Sdn. Bhd.
    100 Unit

Lampiran

Tiada Lampiran.