Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
111) KECURIAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti perlombongan pasir dan adakah pihak-pihak tersebut berkemampuan?
KSSB bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti
perlombongan pasir di Negeri Selangor. Setakat ini semua permit pasir (Borang 4C)
dikeluarkan kepada KSSB. -
Apakah langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan?
Langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan adalah melalui
Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan. -
Adakah benar kegiatan pencurian pasir atau perlombongan haram ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap?
Mengikut pemerhatian dan penelitian Pejabat Tanah, kebanyakan kegiatan kecurian
pasir dijalankan oleh pengusaha pasir yang telah lama berkecimpung dalam aktiviti
perlombongan pasir (samada pernah mempunyai Borang 4C atau tidak pernah
mempunyai Borang 4C).