Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
110) NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
ÒNegeri BerkebajikanÓ adalah konsep penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Adakah kerajaan negeri melalui kajian tentang tahap keberkesanan dan penerimaan rakyat terhadap konsep ini?
Kerajaan Negeri dengan penuh keazaman untuk meletakkan agenda membela
rakyat telah memperkenalkan satu konsep di dalam pembangunan Negeri Selangor
iaitu konsep “Negeri Berkebajikan”. Matlamat utama konsep ini diperkenalkan adalah
untuk menghapuskan kesengsaraan rakyat dan memperbaiki kelemahan dalam
mentadbir hasil mahsul negeri. Akibat daripada kemerosotan ekonomi, rakyat
terpaksa menanggung kean negatif seperti kenaikan harga barang, minyak dan lainlain. Oleh itu, Pakatan Rakyat telah berazam untuk memperluaskan lagi usaha
membelanjakan wang negeri untuk kepentingan rakyat. “Negeri Berkebajikan” ini
adalah manifestasi serta pelaksanaan konsep “kepedulian” kepada rakyat yang
dilaungkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Konsep “Negeri Berkebajikan” menekankan bahawa sumber-sumber dan aset-aset
negeri tidak akan disalahgunakan tetapi ia kan dimaksimumkan untuk manfaat
rakyat. Berteraskan kepada konsep ini, Kerajaan Negeri mewujudkan Agenda
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi memastikan kebajikan rakyat terus
terjamin. Ini bersesuaian dengan prinsip MES iaitu kepercayaan bahawa sumbersumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu, kita memulangkan kekayaan
negeri kepada mereka yang merupakan pemilik ekonomi yang sebenarnya. Agenda
MES ini telah berjaya memberikan impak yang positif dan juga memudahkan beban
yang ditanggung oleh rakyat Negeri Selangor melalui program-program seperti
berikut :
i. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
ii. Skim Mesra Usia Emas
iii. Hadiah Anak Masuk Universiti
iv. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu
v. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
vi. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
vii. Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral -
Apakah impak nyata dan manfaat yang dinikmati oleh rakyat hasil penerapan konsep ini?
Berdasarkan kepada program MES yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008, ia
memberi banyak kemudahan kepada rakyat. Program ini juga dilihat berjaya
memberi impak yang besar kepada rakyat negeri Selangor. Perkara ini dapat dilihat
dari pertambahan jumlah rakyat yagn menerima faedah dari setahun ke setahun.
Berikut merupakan jumlah rakyat yang menerima faedah daripada program MES
mengikut program :
BIL PROGRAM JUMLAH
PENERIMA
FAEDAH
1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 13,424 orang
2 Hadiah Anak Masuk Universiti 11,802 orang
3 Skim Mesra Usia Emas 11,683 orang
4 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu 3,436,702 orang
5 Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang 5,287 orang
Selain daripada program-program di atas, terdapat juga program Pusat Khidmat
Krisis Sehenti (OSCC) yang bertujuan untuk membantu golongan wanita dan kanakkanak khususnya bagi kes-kes seperti rogol, liwat, keganasan rumah tangga,
penderaan dan sebagainya. Pusat ini bertindak sebagai first respondent/point of
contract bagi kes-kes yang dinyatakan di atas. Terdapat 6 buah Pusat Khidmat Krisis
Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di Hospital Ampang, Hospital Selayang,
Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang.
Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral juga merupakan
salah satu program MES. Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan berlainan
dalam aktiviti pengorekan bahan batuan dan mineral di Selangor. Peningkatan hasil
batuan dan mineral yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hasil keuntungan akan
diagihkan dan diserahkan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan
dalam program pelaksanaan Agenda MES. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah
menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd yang beroperasi sebagi syarikat kerajaan
yang memberi penumpuan pada aktiviti perniagaan pasir. Sehingga Jun 2010, hasil
daripada penjualan pasir yang sudah diterima dan dikumpulkan adalah berjumlah
RM62.6 juta dan royalti yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri adalah
sebanyak RM12.4 juta. -
Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan negeri untuk menjayakan konsep dan program ÒNegeri BerkebajikanÓ ini bagi tahun 2009 dan 2010?
Pelaksanaan konsep dan program “Negeri Berkebajikan” ini diterjemahkan melalui
program dan projek-projek yang dirangka di dalam perbelanjaan tahunan Kerajaan
Negeri Selangor. Dalam hal ini, peruntukan pembangunan Negeri Selangor bagi
tahun 2009 adalah sebanyak RM590 juta kesemua peruntukan yang disediakan ini
adalah semata-mata untuk merealisasikan konsep “Negeri Berkebajikan” melalui
program dan projek yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di Negeri Selangor.
Bagi menjayakan konsep dan program “Negeri Berkebajikan” juga, Kerajaan Negeri
telah membelanjakan hampir RM50.5 juta bagi program khusus iaitu :
BIL. PROGRAM JUMLAH
PERUNTUKAN
(RM)
1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 13 juta
2 Hadiah Anak Masuk Universiti 13.4 juta
3 Skim Mesra Usia Emas 20.7 juta
4 Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang 3.4 juta
JUMLAH 50.5 juta