Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

107) TANAH-TANAH RIZAB PERKUBURAN CINA DAN INDIA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai tanah-tanah perkuburan Cina atau tanah perkuburan India mengikut pecahan PBT bagi tahun 2006-2010.

    Terdapat 76 buah tanah telah digazet untuk perkuburan Cina dan sebanyak 42 buah
    tanah digazet untuk perkuburan India. Berikut adalah jumlah tapak perkuburan
    tersebut mengikut PBT dari 2006 hingga 2010. Dan senarai tapak-tapak perkuburan
    tersebut adalah seperti di Lampiran A.
    BIL PBT TAPAK PERKUBURAN
    HINDU
    TAPAK PERKUBURAN
    CINA
    1. MBSA 2 9
    2. MBPJ 2 1
    3. MPK 2 2
    4. MPSJ 3 4
    5. MPAJ 1 2
    6. MPKJ 5 13
    7. MPS 2 10
    8. MPSP 8 13
    9 MDKS 7 2
    10.. MDHS 4 10
    11 MDKL 5 8
    12. MDSB 1 4
    JUMLAH 42 76

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memodenkan tapak pembakaran mayat yang sedia ada serta cara pemodenan yang akan dilaksanakan dan senaraikan tapak yang telah dikenal pasti untuk mengikut PBT sekiranya ada.

    Kerajaan negeri belum bercadang untuk memodenkan tapak pembakaran mayat
    yang sedia ada. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan bagi membina sebuah
    krematorium di dalam kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya iaitu di atas
    sebahagian tapak Perkuburan Hindu, Batu 14 Puchong dan masih di dalam
    perancangan dari segi kesesuaian tapak, kos pelaksanaan dan perbincangan
    dengan Persatuan Pengurusan Tanah Perkuburan Hindu. Selain itu, Majlis
    Bandaraya Petaling Jaya juga telah memasang sebuah mesin pembakar mayat yang
    baru pada Mac 2010 dan bercadang untuk menggantikan 2 buah mesin pembakar
    mayat lagi pada tahun hadapan krematorium Sek. 51A/229.

Lampiran

Tiada Lampiran.