Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
103) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN (PADAT)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan PADAT kepada semua rakyat Selangor?
Beberapa program utama telah dirangka bagi tahun 2010 adalah seperti berikut:
1. Konvensyen Adat Melayu Selangor akan diadakan setahun sekali.
2 Pengwujudan beberapa Desa Budaya di pintu-pintu masuk utama Negeri
Selangor untuk mengetengahkan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor.
3. Membuat bengkel-bengkel seperti permainan tradisional, warisan kesenian dan
masakan tradisional di setiap daerah-daerah di Negeri Selangor.
4. Melaksanakan penyelidikan dan kajian warisan Sejarah, Seni budaya, Flora,
Fauna dan Alam Semulajadi.
5. Melaksanakan penyelidikan, pengumpulan dan pemeliharaan bahan untuk
muzium-muzium daerah.
6. Melaksanakan kerja-kerja Eksplorasi Arkeologi dan Ekskavasi Arkeologi.
7. Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan koleksi adat Melayu dan warisan.
8. Merancang, menyediakan, dan melaksanakan Pameran-pameran berkala, khas
dan bergerak.
9. Menyediakan konsep pelaksanaan pameran tetap dan sementara di Muzium
Sultan Alam Shah dan Muzium-muzium Daerah.
10. Melaksanakan program Muzium dan pendidikan serta Rakan Muda Muzium.
11. Melaksanakan kerja-kerja Kajian Adat Melayu.
12. Melaksanakan kerja-kerja Kajian Tamadun Islam.
13. Melaksanakan Kajian Etnologi, Sejarah dan Pengumpulan Koleksi serta
Maklumat Berhubung dengan Kebudayaan Selangor.
14. Melaksanakan kerja-kerja Kajian Seni Hias dan Seni Kraf.
15. Melaksanakan kerja-kerja Kajian Seni Bina dan Kampung Warisan Selangor.
16. Melaksanakan Kajian Masakan Tradisional dan Persembahan Warisan.
17. Melaksanakan kerja-kerja Kajian Tradisi Ilmu.
18. Melaksanakan kerja-kerja Kajian Bahasa dan Persuratan.
19. Melaksanakan Kajian Penulisan Jawi. -
Berapakah peruntukan untuk operasi badan dan melaksanakan program-program yang telah dirangka?
Bagi tahun 2010 sebanyak RM6 juta peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan Negeri
bagi pengurusan dan pelaksanaan program PADAT. -
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan badan yang sama untuk memelihara adat kaum-kaum lain?
Setakat ini Kerajaan tidak mempunyai cadangan lain selain daripada Perbadanan Adat
Melayu Dan Warisan Negeri Selangor untuk menguruskan dan memelihara adat kaum
lain kerana PADAT ditubuhkan bertujuan menjaga kepentingan kaum lain melalui
aspek warisan.