Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
93) BANTUAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SELANGOR (JKM)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun 2006-2010?
Jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun
2006-2010 adalah seperti jadual di bawah.
TAHUN PERUNTUKAN
NEGERI (RM)
PERUNTUKAN
PERSEKUTUAN
(RM)
2006 6.54 juta 9.85 juta
2007 7.22 juta 10.65 juta
2008 7.43 juta 11.28 juta
2009 8.75 juta 13.66 juta
2010
(sehingga April)
6.81 juta 11.99 juta
JUMLAH
KESELURUHAN 36.75 juta 58 juta -
Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah?
Jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah (berdasarkan data
bagi tahun 2009) adalah seperti di bawah: -
Adakah senarai penerima bantuan-bantuan yang diberi dimaklumkan kepada ADUN-ADUN di kawasan berkaitan? Jika tidak, mengapa?
JKMM tidak memberi senarai penuh nama penerima-penerima bantuan kepada
ADUN disebabkan perkara berikut:-
i) JKM berpegang kepada prinsip kerahsiaan kepada semua klien di bawah
kelolaan Jabatan termasuklah klien penerima bantuan.
ii) Senarai klien penerima bantuan tidak disenaraikan mengikut ADUN tetapi
mengikut Daerah tempat tinggal penerima.
Walaubagaimanapun Jabatan akan memaklumkan keputusan permohonan
kepada ADUN yang membuat rujukan termasuk juga kepada perujuk-perujuk
yang lain.