Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
91) ZAKAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendekatan terkini untuk meningkatkan hasil kutipan zakat?
Bagi perancangan Strategik LZS 2010, pihak pengurusan akan menyemak
pencapaian tahun 2009 dan menambah baik strategi dan memperkenalkan
aktiviti baru. Perancangan Strategik 2010 adalah seperti berikut :
1) Mempertingkatkan potensi kutipan zakat melalui Skim Berkat
(Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji)
2) Meningkatkan kutipan zakat dari sektor perniagaan
3) Menyebarkan dakwah secara komprehensif
4) Melaksanakan pelbagai promosi secara menyeluruh
5) Meningkatkan kutipan Zakat Padi dan Zakat Fitrah
6) Memaksimumkan potensi kutipan kaunter
7) Penggunaan pendekatan ‘Internet Marketing’ Zakat secara menyeluruh
8) Mengemas kini dan menyelaras kaedah kiraan zakat
9) Memperkasa R & D kutipan
10) Mempertingkatkan kesetiaan pelanggan
11) Meyakinkan masyarakat tentang agihan zakat yang telus dan menepati
syarak
12) Kemaskini strategi promosi melalui media
13) Memaksimumkan kepelbagaian kaedah penyampaian perkhidmatan
pelanggan
14) Mempercepatkan urusan pemprosesan Skim Berkat
15) Memaksimumkan potensi kutipan melalui ejen bank
16) Melaksanakan Peraturan Zakat dan Fitrah Selangor
17) Pengurusan prospek & pemantauan
18) Memanfaatkan penerima untuk kutipan -
Apakah pendekatan dan cara untuk memastikan agihan zakat sampai kepada mereka yang berhak tanpa prejudis politik?
Tiada elemen politik kepartian diterapkan dalam pemilihan asnaf, kerana setiap
orang yang menepati kriteria pemilihan yang tertakluk kepada fatwa agihan zakat
Negeri Selangor berhak dibantu dengan wang zakat.
Beberapa pendekatan dan cara untuk memastikan agihan zakat sampai kepada
mereka yang berhak tanpa prejudis politik dilakukan oleh LZS seperti berikut :
1) Melakukan bancian menyeluruh penduduk kariah yang dikenal pasti
mengalami kesusahan melalui amil kariah setiap masjid.
2) Haddul Kifayah diguna untuk semua proses penentuan fakir dan miskin. -
Apakah impak positif hasil program-program pengagihan zakat yang telah dilaksanakan?
Antara beberapa impak positif hasil program-program pengagihan zakat yang
telak dilaksanakan ialah :
1) Impak paling besar ialah kepada anak-anak asnaf, khususnya dalam
bidang pendidikan. Imlak lain, membantu asnaf membina hidup semula,
khususnya dalam bidang sosial seperti pemberian rumah. Asnaf yang
mampu berdikari diberikan modal perniagaan. Manakala kepada ummah,
zakat dijana untuk pembinaan masjid, surau dan sekolah agama.
2) Dakwah zakat Selangor berkembang dan dirasai oleh semua lapisan
masyarakat.
3) Kutipan zakat meningkat setiap tahun.
4) Program-program agihan yang dilaksanakan LZS mendapat liputan
media dan secara tidak langsung member kesan positif kepada Negeri
Selangor.
5) Institusi zakat negeri dan negara asia tenggara datang membuat lawatan
kerja ke LZS.