Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
77) KECURIAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Telah heboh diperkatakan tentang kegiatan pencurian pasir di Negeri Selangor ini . Kegiatan ini amat mengecewakan rakyat Selangor. Jangkaan Kerajaan Negeri untuk mengutip hasil pasir melebihi 200 juta setahun telah gagal. Mengapakah kegiatan ini berlaku ?
Kegiatan curi pasir masih berlaku kerana terdapat permintaan pasir yang tinggi di
kawasan Lembah Klang. Ini disokong pula dengan pembangunan yang pesat di
kawasan Lembah Klang seperti pembinaan lebuh raya dan lapangan terbang. -
Adakah kegiatan ini amat sukar dikesan dan dibendung ?
Kegiatan ini pada dasarnya tidak sukar untuk dibendung tetapi kegagalan untuk
memenuhi permintaan dan tawaran harga yang kurang berdaya saing telah
menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan untuk membekalkan pasir
(daripada sumber yang tak sah) kepada pengguna. -
Mengapakah setelah heboh di akhbar dan di TV tentang kegiatan kecurian pasir tetapi kegiatan itu masih berlaku ?
Kegiatan kecurian pasir masih berlaku walaupun telah dihebahkan di dalam media
cetak atau media elektronik namun terdapat beberapa laporan yang disiarkan adalah
tidak sahih dan kurang tepat. Walau bagaimanapun tindakan penguatkuasaan
terhadap laporan yang disiarkan akan dan telah diambil oleh Unit Penguatkuasaan
Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan dengan kadar segera.