Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
72) HARTANAH PKNS DI WILAYAH PERSAEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah hartanah dan aset dari segi keluasan dan nilai milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
Bangunan milik PKNS yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah
Bangunan Wisma Yakin berkeluasan 2,592 mp di Jalan Masjid India Kuala Lumpur. -
Apakah dasar kerajaan negeri, dalam memaju semula aset-aset terbabit yang sebahagianya telah ketinggalan zaman dan lusuh?
PKNS sedang dalam perancangan untuk membangunkan semula aset-aset terbabit
sesuai dengan peredaran zaman. Konsep pembangunan yang dirancang adalah
merupakan bangunan yang mesra pelanggan dan moden yang yang akan memberi
nilai tambah kepada penyewa dan peniaga sediada dan juga kawasan sekitar. -
Bagaimana kerajaan negeri akan menyalur semula keuntungan dan laba yang diperolehi dari aset Ðaset terbabit untuk kesejahteraan dan pembangunan rakyat Selangor?
Projek pembangunan semula Wisma Yakin dijangka akan memberi manafaat kepada
peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha Bumiputera dan memberi nafas baru
kepada kawasan tersebut yang turut merupakan tumpuan pelancung dalam dan luar
negeri.