Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
34) SUMBER KEWANGAN BARU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk mengkaji penjanaan sumber kewangan negeri yang baru seumpama model institusi Baitulmal. Apakah status semasa dan hasil kajian tersebut dan siapakah tenaga pakar yang terlibat?
Seperti Di Lampiran “A”
-
Berapakah anggaran perolehan negeri jika model ini dilaksanakan?
Seperti Di Lampiran “A”
-
Apakah implikasi terhadap institusi Baitulmal sedia ada jika model baru ini dilaksanakan?
Jika model ini dilaksanakan, ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
Jadual Sembilan Senarai Negeri yang menyatakan segala harta orang Islam adalah
bidang kuasa Baitulmal dan Majlis Agama Islam Negeri kerana ia adalah urusan hal
ehwal Islam di bawah bidang kuasa Ketua Agama Islam Negeri iaitu Sultan. Oleh itu,
model yang hendak dicadangkan perlulah terlebih dahulu mendapat perkenan
Sultan. Sehubungan dengan itu, MAIS tidak dapat menjangkakan implikasi terhadap
baitulmal MAIS sekiranya kerajaan negeri melaksanakan model ini.