Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
29) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kerajaan negeri telah melaksanakan program Ð program yang dirancang dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)?
Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diperkenalkan pada Jun 2008 oleh
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan dilaksanakan secara berperingkat.
Sehingga kini fasa pertama dan kedua program MES sudah dilaksanakan dengan
jayanya. Ia membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak bercakap kosong kerana
berjaya merealisasikan manifesto Pilihan Raya 2008 yang dijanjikan kepada rakyat.
Prinsip MES berdasarkan kepercayaan bahawa sumber-sumber negeri adalah
kepunyaan rakyat. Oleh itu, adalah wajar kita berkongsi kekayaan negeri kepada
rakyat negeri Selangor yang merupakan pemilik ekonomi yang sebenarnya.
Program MES Fasa 1 yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
2) Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3)
3) Hadiah Anak Masuk Universiti
4) Skim Mesra Usia Emas
5) Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral
6) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
7) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
Program MES Fasa 2 yang sedang dilaksanakan pula adalah seperti berikut:
1) Cuti Bersalin Selama 90 Hari
2) Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari
3) Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan program MES bagi Fasa 3, Fasa 4 dan
seterusnya berdasarkan kesesuaian masa yang akan ditentukan. -
Adakah kerajaan negeri berkemampuan meneruskan program-program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) memandangkan kerajaan persekutuan mendakwa tidak mampu meneruskan subsidi untuk mengelakkan muflis pada 2019?
Perincian bagi setiap pelaksanaan program-program MES adalah seperti yang
dinyatakan di bawah.
Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bertujuan untuk memberi
manfaat kepada semua anak Selangor dengan perlindungan insurans sehingga
berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua anak Selangor ini berpeluang
menerima RM1,500 seorang hasil caruman di dalam pelaburan ini. Sehingga
Februari 2010, seramai 12,424 orang anak kelahiran negeri Selangor yang menepati
syarat berjaya diluluskan untuk Program Tabung Warisan Anak Selangor. Jumlah
dana yang telah dibelanjakan bagi program ini adalah sebanyak RM1.2 juta,
manakala dana yang belum dibelanjakan adalah sebanyak RM12.2 juta.
Dalam Program Hadiah Anak Masuk Universiti, Kerajaan Negeri memberikan
wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di Institusi
Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Sehingga Disember
2009, seramai 9,581 pelajar menerima hadiah RM1,000 setiap orang bagi
menampung keperluan semasa mendaftar belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Dana
yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM9.6 juta manakala dana yang belum
digunakan adalah sebanyak RM1.12 juta.
Program Skim Mesra Usia Emas dilancarkan bagi membantu mengurangi beban
kewangan waris warga emas di Negeri Selangor untuk memastikan agar setiap
warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi penghargaan dan penghormatan
yang terbaik dan berpatutan. Sehingga Disember 2009, seramai 9,131 orang waris
yang telah menerima faedah tersebut. Sehingga kini, jumlah dana yang telah
digunakan adalah sebanyak RM21.7 juta, manakala yang masih belum digunakan
adalah sebanyak RM19.64 juta.
Program Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang diwujudkan bertujuan memberi
bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang untuk menyambung pelajaran
dalam kursus kemahiran teknikal di Inpens. Sehingga Disember 2009, seramai 154
orang anak pekerja ladang melanjutkan pelajaran di Inpens dengan bantuan skim
Tabung Anak Pekerja Ladang ini. Sehingga Disember 2009, dana yang digunakan
adalah sebanyak RM1.5 juta manakala baki yang masih belum digunakan adalah
sebanyak RM0.3 juta.
Manakala program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) yang bertujuan untuk
membantu golongan wanita dan kanak-kanak khususnya bagi kes-kes seperti rogol,
liwat, keganasan rumah tangga, penderaan dan sebagainya. Pusat ini bertindak
sebagai first respondent/point of contract bagi kes-kes yang dinyatakan di atas.
Terdapat 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di
Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh,
Hospital Klang dan Hospital Kajang. Sehingga Disember 2009, sebanyak RM0.5 juta
telah dibelanjakan bagi program ini manakala bagi dana yang belum digunakan
adalah sebanyak RM0.06 juta.Selain itu, terdapat juga program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu pula
membolehkan rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter individu terus
menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu. Dalam hal ini, sebanyak
2,261,865 orang yang telah mendapat faedah dari program ini. Sebanyak RM200
juta sudah dibelanjakan untuk dinikmati oleh rakyat Selangor.
Bagi program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral, Kerajaan
Negeri telah mengambil pendekatan berlainan dalam aktiviti pengorekan bahan
batuan dan mineral di Selangor. Peningkatan hasil batuan dan mineral yang
dikumpulkan akan dilaburkan dan hasil keuntungan akan diagihkan dan diserahkan
semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan dalam program
pelaksanaan Agenda MES. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan
Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang beroperasi sebagai syarikat kerajaan yang
memberi penumpuan pada aktiviti perniagaan pasir. Sehingga Disember 2009, hasil
daripada penjualan pasir yang sudah diterima dan dikumpulkan adalah berjumlah
RM35 juta dan royalti yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak
RM7.2 juta.
Kerajaan Negeri masih dalam perancangan dan usaha untuk menambahkan lagi
jumlah penerima faedah bagi program-program MES dengan memperbanyakkan
promosi dan meluaskan lagi pengetahuan rakyat tentang faedah dan kelebihan
program MES.
Secara ringkasnya, dana yang telah dibelanjakan dan yang belum digunakan bagi
program MES sepanjang dua tahun pelaksanaannya mengikut program adalah
seperti berikut:
PROGRAM JUMLAH PERBELANJAAN
(RM)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 1.2 juta
Hadiah Anak Masuk Universiti 9.6 juta
Skim Mesra Usia Emas 21.7 juta
Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu 200 juta
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang 1.5 juta
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) 0.5 juta
Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan
Batuan dan Mineral
Program ini melibatkan
peningkatan pendapatan
kepada Kerajaan Negeri
Selangor
JUMLAH PERBELANJAAN 234.5 juta -
Sampai bilakah kerajaan negeri mampu meneruskan program-program kebajikan tersebut?
Sepanjang pelaksanaan program Skim Mesra Usia Emas, daerah yang paling
banyak menerima faedah daripada program tersebut adalah daerah Petaling yang
menyumbang sebanyak 22% berbanding lain-lain daerah. Ini diikuti oleh daerah
Klang (17%), Hulu Langat (16%), Gombak (12%), Kuala Selangor dan Sabak
Bernam masing-masing 9% dan seterusnya.
Bagi program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu pula, daerah yang paling
banyak menerima faedah adalah daerah Klang iaitu sebanyak 26%, diikuti oleh
daerah Gombak (23%), Hulu Langat (15%), Petaling (12%), Kuala Selangor (8%)
dan seterusnya.
Manakala penerima faedah bagi program-program MES yang lain secara
keseluruhannya adalah seperti berikut:
BIL. PROGRAM JUMLAH PENERIMA
FAEDAH
1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 12,424 orang
2. Hadiah Anak Masuk Universiti 9,581 orang
3. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang 4,776 orang
4. Skim Mesra Usia Emas 9,131 orang
5. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu 2,261,865 orang
Selain daripada program-program di atas, terdapat juga program Pusat Khidmat
Krisis Sehenti (OSCC) yang bertujuan untuk membantu golongan wanita dan kanakkanak khususnya bagi kes-kes seperti rogol, liwat, keganasan rumah tangga,
penderaan dan sebagainya. Pusat ini bertindak sebagai first respondent/point of
contract bagi kes-kes yang dinyatakan di atas. Terdapat 6 buah Pusat Khidmat Krisis
Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di Hospital Ampang, Hospital Selayang,
Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang.
Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral juga merupakan
salah satu program MES. Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan berlainan
dalam aktiviti pengorekan bahan batuan dan mineral di Selangor. Peningkatan hasil
batuan dan mineral yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hasil keuntungan akan
diagihkan dan diserahkan semula kepada rakyat melalui program-program kebajikan
dalam program pelaksanaan Agenda MES. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah
menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang beroperasi sebagai syarikat
kerajaan yang memberi penumpuan pada aktiviti perniagaan pasir. Sehingga
Disember 2009, hasil daripada penjualan pasir yang sudah diterima dan dikumpulkan
adalah berjumlah RM35 juta dan royalti yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri
adalah sebanyak RM7.2 juta.