Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

28) SIMPANAN TETAP PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan utama simpanan tetap PBT ?

    Tujuan utama simpanan tetap PBT adalah sebagai sumber kewangan kontingensi
    untuk PBT menampung perbelanjaan sekiranya sasaran kutipan hasil tidak dapat
    dicapai. Simpanan tetap PBT merupakan simpanan berjangka yang bertujuan untuk
    memperoleh keuntungan mengikut kadar dan tempoh masa simpanan. Sumber
    simpanan tetap PBT terdiri daripada wang cagaran serta deposit yang dipegang oleh
    PBT serta lebihan tunai yang dimiliki oleh PBT. Dividen atau keuntungan atas
    simpanan tetap akan diambil kira sebagai Hasil Bukan Cukai PBT.
    Bagi PBT yang kurang berkemampuan, geran MARRIS dan geran-geran peruntukan
    pembangunan akan disimpan sebagai simpanan tetap dalam jangka masa singkat
    iaitu satu hingga tiga bulan bagi mendapatkan hasil dividen sementara menunggu
    projek-projek berkenaan siap dilaksanakan..

  2. Adakah PBT menggunakan simpanan tetap untuk tujuan pembangunan kemudahan asas ?

    Kebanyakan PBT menggunakan peruntukan sedia ada iaitu kutipan cukai taksiran
    untuk menyediakan kemudahan asas di kawasannya. Bagi PBT yang
    berkemampuan, wang simpanan tetap yang benar-benar merupakan lebihan tunai
    akan digunakan bagi meningkatkan serta memantapkan lagi mutu perkhidmatan
    serta kemudahan-kemudahan yang diberikan untuk keselesaan dan kesejahteraan
    penduduk di kawasan Majlis.

  3. Berapakah jumlah simpanan tetap bagi Majlis Perbandaran Sepang ?

    Jumlah simpanan tetap bagi Majlis Perbandaran Sepang berdasarkan Penyata
    Kewangan yang belum diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 adalah
    RM39.4 juta. Simpanan tetap ini terdiri daripada RM21.07 juta wang cagaran dan
    selebihnya iaitu RM18.33 juta merupakan wang tunai simpanan Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.