Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

26) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi KUIS untuk memastikan ia kompetitif dari segi kualiti kursus, yuran dan kakitangan akademiknya?

    KUIS ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996 dan merupakan sebuah institusi
    pengajian tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
    i. Kursus Pengajian Penggubalan Kurikulum Kursus yang Ditawarkan
    a. Kurikulum kursus digubal dan dibangunkan oleh tenaga akademik KUIS
    dengan mendapat perakuan daripada panel penasihat akademik IPT
    dalam dan luar negara serta tenaga profesional yang mewakili pihak
    industri dan korporat.
    b. Panel akademik juga berperanan untuk menilai kertas-kertas soalan
    peperiksaan akhir.
    c. Panel industri berperanan sebagai penasihat dan menilai isi kandungan
    program supaya kursus pengajian yang dilaksanakan sentiasa relevan
    dengan keperluan semasa industri.
    d. Kursus-kursus akademik yamg ditawarkan telah mendapat perakuan
    akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
    e. Kursus-kursus baru yang hendak ditawarkan perlu mendapat kelulusan
    standard minimum penawaran.
    ii. Yuran Pengajian
    a. KUIS membuat kajian dan penelitian terhadap yuran-yuran yang
    dikenakan oleh IPTS kepada kursus-kursus yang setaraf dengan kursuskursus yang ditawarkan oleh KUIS.
    b. Ia dilakukan ketika menggubal kursus-kursus baru.
    c. Penilaian semula yuran pengajian akan dilakukan setiap tiga (3) tahun.

    iii. Kakitangan Akademik
    a. KUIS menawarkan Skim Lantikan Akademik (SLAK) kepada kakitangan
    akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor
    Falsafah (PhD).
    b. Program penyelidikan dan pembangunan kakitangan akademik melalui
    aktiviti penyelidikan, pembentangan kertas kerja dalam seminar di
    peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penerbitan buku dan
    jurnal.

  2. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan tahap KUIS menjadi universiti penuh di masa hadapan?

    KUIS bercadang untuk meningkatkan tahap menjadi universiti penuh dimasa
    hadapan dengan:-
    a. Meningkatkan penawaran program-program pasca siswazah
    b. Meningkatkan program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D)
    c. Meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa
    d. Meningkatkan bilangan kakitangan akademik yang memiliki ijazah Kedoktoran
    (PhD).

  3. Apakah graduan lulusan KUIS kini cukup kompetitif untuk bersaing dalam pasaran kerja tempatan?

    Menerusi pengesanan graduan yang dilakukan oleh pihak KUIS pada tahun 2009
    telah mendapati bahawa graduan lulusan KUIS juga cukup kompetitif untuk bersaing
    dalam pasaran kerja tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.