Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
25) MENANGANI ISU PERKAUMAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak kebelakangan ini , terdapat banyak isu-isu yang mencetuskan sentimen perkauman di kalangan rakyat . Kita juga telah menyaksikan beberapa saat genting pada tahun 2009 apabila terdapat beberapa pihak yang ingin mengapi-apikan emosi dan perasaan benci di kalangan kaum. Apakah tindakan proaktif Kerajaan Negeri untuk menangani isuÐisu sedemikian ?
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu-isu sebegini. Dari itu, cara penyelesaian
diambil dengan memastikan jurang perbezaan ekonomi dapat dikurangkan dengan
hasil kekayaan negeri dirasakan bersama. Kerajaan Negeri pada awal pemerintahan
telah melaksanakan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang
seperti berikut:-
Jumlah Penerima Faedah Program MES sehingga Tahun 2010BIL. PROGRAM JUMLAH PENERIMA
FAEDAH
1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 13,424 orang
2. Hadiah Anak Masuk Universiti 11,802 orang
3. Skim Mesra Usia Emas 11,683 orang
4. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu 3,436,702 orang
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang 5,287 orang
Jumlah Perbelanjaan Program MES Sehingga Tahun 2010
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga menekankan aspek keagamaan dengan
mewujudkan Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam supaya semua kaum
mengikut perlembagaan dapat melaksanakan keagamaan masing-masing tanpa
gangguan. Kerajaan Negeri telah memberi sumbangan kepada sekolah vernakular
hingga 15 Jun 2010 dengan jumlah seperti berikut:-
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina – RM 6 juta
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – RM 1.2 juta -
Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk memupuk pembinaan suatu negeri tanpa manipulasi isu perkauman?
Kerajaan Negeri telah mengenal pasti program Merakyatkan Ekonomi Selangor
(MES) yang akan dilanjutkan dalam memupuk pembinaan suatu negeri dan rakyat
tidak rasa ketinggalan disebabkan identiti kaum iaitu:-
i. Caruman Takaful Bagi OKU / Anak Yatim
ii. Bantuan Kepada Peniaga Muda
iii. Bimbingan Perniagaan Kepada Belia
iv. Bantuan Anak Prasekolah RM50 sebulan / orang
v. Bantuan Anak ke Nurseri RM75 sebulan / orang
vi. Bantuan Mendirikan Rumah Tangga
vii. Bantuan Memiliki Kediaman
viii. Elaun Ibu Tunggal
ix. Elaun Khas Suri RumahLAMPIRAN I
Jumlah Penduduk Setiap Tahun mengikut Daerah (‘000)
Negeri/Daerah 2008 2009 2010
SELANGOR 5071.1 5179.6 5287.9
Gombak 675.6 688.7 701.8
Klang 825.1 840.7 856.2
Kuala Langat 239.7 244.1 248.5
Kuala Selangor 198.1 201.6 205.1
Petaling 1514.1 1547.1 1580
Sabak Bernam 135.9 138 140.1
Sepang 146.4 150.5 154.6
Hulu Langat 1142.5 1170.9 1199.2
Hulu Selangor 193.7 198 202.4
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia